Latest News

Friday 13 January 2017

SABAH MAJU JAYA!


SABAH akan cepat maju dengan syarat adanya kestabilan politik. Hanya melalui kestabilan politik sahaja perancangan pembangunan dan kemajuan dapat dikecapi!

Sabah mempunyai pelan pembangunan dan kemajuan untuk dicapai pada tahun 2025 (Halatuju Sabah). Jika tiada gangguan dan kestabilan politik Sabah terus kekal, maka pada tahun itu Sabah akan lepas landasan sebagai negeri maju.

Melalui pelan pembangunan dan kemajuan selain aktiviti ekonomi yang beragam dan juga peningkatan pendapatan seluruh rakyat akan melepasi garis pendapatan minimia. Pada tahun itu, rakyat yang berkategori miskin meskipun bukan pada taraf sifar tetapi jumlahnya akan kecil sekali.

Perancangan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, antara lain agar rakyat Sabah mengenang beliau sebagai Ketua Menteri yang berjaya melepaskan seluruh rakyat Sabah daripada cengkaman kemiskinan.

Rekod menunjukkan selepas sahaja Musa menjadi Ketua Menteri Sabah, kadar kemiskinan menurun dengan drastik sekali, daripada 28 peratus dan kini hanya 4 peratus. Pada tahun 2025, diperkirakan angka itu di bawah 1 peratus.

Tahun 2003, semasa Musa dilantik Ketua Menteri Sabah, simpanan kewangan rizab Sabah hanya sedikit di atas RM100 juta. Namun, pada tahun 2011 iaitu lapan tahun kemudian, simpanan kewangan negeri berlegar-legar di atas RM3 bilion. Bajet negeri juga berlegar-legar pada angka RM4 bilion setahun. Melalui rekod itu telahpun menepis dakwaan segilintir pencacai pembangkang bahawa Musa merompak hasil Sabah.

Berkaitan keluasan hutan Sabah pula, tahun 2002 hanya 813,000 hektar dan pada tahun 2016 keluasan hutan Sabah meningkat ke paras 1.85 juta hektar iaitu meningkat lebih sekali ganda. Melalui peningkatan itu juga telah menjawab tohmahan segelintir pihak bahawa pembalakan sedang berleluasa.


Pembangkang atau pencacai pembangkang kerana buta peta dan cetek pengetahuan, maka kerap berhujah kedai kopi tanpa fakta. Mereka itu hanya sekadar berhujah sahaja seperti tin kosong.


Derap pembangunan Sabah secara fizikalnya telah meningkat berkali-kali ganda. Cuba melawat seluruh Sabah, anda akan melihat bagaimana perubahan pembangunan secara fizikal.

Kemudahan rakyat seperti UTC, RTC, perumahan, kompleks membeli-belah, infrastruktur jalan raya mahupun keperluan asas rakyat akan terus dibina. Kalau bukan tindakan tidak amanah para pegawai Jabatan Air Negeri Sabah berkaitan dana KKLW sebanyak RM3.3bilion, bekalan air luar bandar Sabah sudah selesai!

Rakyat Sabah perlu berbangga, kini Sabah telah mempunyai Kompleks Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah di Teluk Likas yang mula beroperasi pada 2 Januari 2017 berhampiran Menara Tun Mustapha dan Bangunan Innoprise. Bangunan itu mejadi mercu tanda pentadbiran Musa dan Kerajaan Barisan Nasional.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook