Latest News

Monday 16 January 2017

SABAH MISKIN SEBAB MAHATHIR


BAYANGKAN kadar kemiskinan Sabah melebihi 30 peratus pada tahun 2004 dan sebagai tambahan, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia bermula tahun 1981. Selama 22 tahun, tiada sesuatu yang dibuat ke atas Sabah malah peruntukan ke atas Sabah disekat selama 9 tahun (1985-1994).

Tun Dr. Mahathir semasa pemerintahan beliau hanya memberikan sedikit peruntukan tetapi melalui pertukaran harta Sabah. Tahun 1984, Pulau Labuan terpaksa diserahkan kepada Persekutuan untuk satu jaminan ke atas negeri bagi pinjaman daripada Asian Development Bank (ADB) bagi maksud membina prasarana asas keperluan rakyat seperti jeti-jeti nelayan, kompleks perikanan, penternakan sapi dan membina perladangan.

FELDA diberikan kawasan luas untuk maksud penanaman kelapa sawit. Sedangkan, kerajaan Sabah mempunyai agensi yang serupa seperti SLDB. Jika Tun Mahathir mahu Sabah maju, mengapa tidak menyalurkan peruntukan kepada SLDB? Sebabnya, beliau tidak mahu sebarang hasil negeri dimonopoli negeri sehinggakan hasil itu dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah.

Selama pemerintahan Tun Dr. Mahathir hanya pembinaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya dibangunkan kerana pembinaan universiti merupakan satu janji kepada rakyat Sabah sekiranya parti Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri lalu universiti akan dibangun. Cadangan pembinaan universiti UMS mencontohi pembinaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan atas sebab itu, Tun Mahathir tidak dapat berdolak dalik lagi mengenai UMS terpaksa dibina apabila parti Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri pada tahun 1994.

Jika tidak berlaku perubahan terhadap kepimpinan negara, Sabah mungkin masih merupakan negeri termiskin di Malaysia. Sabah tidak akan dapat mengumpul simpanan kewangan sehingga RM3 bilion. Sabah tidak akan dapat membentangkan bajet negeri rata-rata RM4 bilion setahun dan Sabah tidak dapat Lebuhraya Pan Borneo.

YAB Datuk Seri Musa Aman merupakan Ketua Menteri Sabah yang melalui tempoh pemerintahan tiga Perdana Menteri. Pada satu kenyataan pada tahun 2015, beliau tidak segan silu menyatakan bahawa Dato' Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri terbaik untuk Malaysia dan Sabah.

Kepada rakyat Sabah, anda kena berfikir semula kena merenung jauh dan kena mengikat peristiwa lalu. Apabila dihimpun semua renungan itu, anda akan dapati bahawa Dato' Seri Najib Razak sesungguhnya Perdana Menteri terbaik untuk Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook