Latest News

Monday 23 January 2017

Tetamu Jemputan Perkahwinan Anak YAB Datuk Seri Musa Haji Aman 2017

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sejak bila urusan protokal kerajaan di Sabah ni turut boleh digunakan untuk urusan perkahwinan anak lelaki Musa Aman selama dua hari ya... (screenshot)

TETAMU kenamaan yang sudi hadir pada majlis perkahwinan anak lelaki YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Mohammed Hayssam Bin Musa bersama pasangannya Fiti Hana Binti Gulam Haidar, anak peremuan Datuk Ghulam Haidar Khan pada Sabtu di sebuah hotel di Kota Kinabalu terdiri daripada DYMM Sultan Brunei, DYMM Sultan Johor, TYT Sabah, TYT Sarawak, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Tetamu kehormat tersebut datang dengan pesawat mereka sendiri kerana setiap daripada mereka itu mempunyai pesawat peribadi.

Hanya mereka yang dungu dan kurang akal akan mendakwa bahawa tetamu kepada YAB Datuk Seri Musa Aman itu menaiki pesawat yang dikhaskan oleh kerajaan negeri. Lagipun, kerajaan negeri tidak mempunyai pesawat seumpama itu. Sultan Brunei tiba dengan pesawat Jumbo Boieng 747 berlambangkan Mohor Sultan Brunei. Sultan Johor dengan pesawat A330 Airbus berlambangkan Mohor Johor. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana tiba dengan pesawat yang dikhaskan kepada mereka dan TYT Sarawak tiba dengan jet peribadi Kerajaan Negeri Sarawak.

Berkaitan dengan aturcara yang disediakan Bahagian Protokol, Setiausaha Kerajaan Negeri adalah tugas yang termaktub dalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sabah. Ia bahawa setiap pembesar daripada negeri/negara lain termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya apabila melakukan lawatan rasmi mahupun bukan, ianya termasuk dalam kawalan protokol kerana menyangkut hal-hal keselamatan. Perlu dingat bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, meskipun dalam keadaan cuti tetap masih terikat dengan protokol dan kawalan keselamatan.

Atas sebab itu, mereka yang terbaca dakwaan kononnya sempena majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Sabah bahawa Musa menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kakitangan/staf kerajaan untuk tujuan peribadi. Hal itu tidak timbul kerana yang terlibat hanya bahagian protokol dan pasukan keselamatan sahaja berikutan bahagian itu telah diberi tanggungjawab dalam undang-undang baik undang-undang kerajaan negeri mahupun persekutuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook