Latest News

Tuesday 31 January 2017

Tiada Sebab TOLAK Kerajaan BN Sabah


TIADA sebab rakyat menolak kerajaan BN Sabah. Mengubah kerajaan hanya kerana ingin mengubah sebenarnya tindakan yang tidak bijak. 

Sebenarnya, hujah pembangkang 'Sabah Ubah' tidak membawa apa-apa erti kerana melalui slogan itu tiada apa yang boleh dipaut oleh rakyat sebagai asas untuk mengubah.

Pengertian 'Sabah Ubah' yang dibawa pembangkang, sebenarnya untuk kepentingan peribadi kerana mereka mahu jawatan Ketua Menteri, mahu jawatan menteri dan paling tidakpun mahu jawatan wakil rakyat.  

Slogan 'Sabah Ubah' yang mereka bawa bukan bermaksud mengubah keadaan rakyat daripada berpendapatan RM1000 sebulan kepada RM5000 sebulan kerana memang untuk mengubah keadaan itu bukan mudah dan bukan sekelip mata akan tetapi bergantung kepada aktivti ekonomi sesebuah negeri.

Sejak sekian lama, parti pembangkang ke hulu ke hilir mereka tidak memberitahu rakyat bahawa kalau menyokong parti mereka, maka rumah kayu boleh jadi rumah batu, kereta kancil pula boleh bertukar kepada Toyota Land Cruiser (Ninja King) dan pendapatan RM1000 kepada RM5000. Hujah mereka hanya berasaskan andaian, hujah retorik atau hujah bulan bintang kerana secara praktikalnya hujah mereka itu tidak bakal terealisasi sebabnya mereka tiada kuasa Tuhan.

Cuba bayangkan, kerajaan BN Sabah mula memerintah tahun 1994 hanya bermula tahun 2003 sahaja derap pembangunan negeri mulai kelihatan. Bayangkan bermula dari tahun 1994-2003, simpanan kewangan negeri sedikit di atas RM100 juta. Kerajaan BN memerlukan 18 tahun untuk Sabah mempunyai simpanan kewangan lebih RM3 bilion. Perlu dingat bahawa semasa mengumpul itu, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan adalah sebahagian daripada pemimpin kerajaan BN. Kalaulah mereka itu handal, sepatutnya simpanan kewangan negeri bukan RM3 bilion akan tetapi RM10 bilion!

Apa yang malang, para pemimpin yang disebutkan kecuali Bumburing meninggalkan cerita negatif untuk BN. Shafie dengan skandal dana KKLW bernilai RM3.3 bilion, Yong Teck Lee meninggalkan kudis pada Saham Amanah Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan tanah-tanah milik Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah dan Jeffrey meninggalkan impak negatif pada kawasan hutan milik Yayasan Sabah.

Kepada rakyat, anda perlu berfikir secara rasional. Anda kena lihat kiri-kanan, depan-belakang dan nilai keadaan anda 20 tahun lalu berbanding sekarang. Mungkin usia anda kini bertambah tetapi keadaan anda tentu lebih baik daripada dahulu. Sebabnya, jika dahulu anak-anak anda yang bersekolah tahun satu hingga menengah tidak mendapat bantuan tetapi sekarang mendapat bantuan awal persekolahan. Jika dulu anda tidak mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), sekarang anda menikmatinya. Jika dahulu anak anda tidak mendapat bantuan kewangan di perguruan tinggi tetapi sekarang telah memperolehinya dan paling tidak adalah melalui PTPTN.

Jangan terpengaruh dengan slogan pembangkang melalui 'Sabah Ubah' sebabnya tujuan tersirat di sebalik slogan itu, mereka mahu ada kedudukan dan mereka mahu kedudukan untuk mendapatkan kuasa yang ada pada mereka sebelum ini semata-mata untuk tujuan peribadi. 

Rakyat  perlu beringat, seseorang pemimpin yang tiada niat membela rakyat selamanya tiada akan ada niat itu. Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook