Latest News

Monday 16 January 2017

TUN DR. MAHATHIR Bukannya Pakar U-turn Tetapi Petanda Pikun


PROSES alami atau penuaan tiada siapa manusia yang boleh mengelaknya. Keadaan inilah yang menimpa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seseorang yang berusia 91 tahun, meskipun kelihatannya masih segar dan sihat tetapi akibat proses alami pemikirannya sudah berdepan dengan kepikunan atau penyakit Alzheimer.

Bukti nyata apabila pada 26 Disember 2016, mantan Perdana Menteri itu dengan jelas menyatakan bahawa Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) adalah berbentuk rasuah dan ianya haram diterima. Namun, semalam apabila beliau melancarkan parti baru tajaan beliau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam beliau dengan jelas menyatakan bahawa bantuan itu akan diteruskan jika parti pembangkang membentuk kerajaan baru.

Sebenarnya, jikalau mantan Perdana Menteri itu belum terkategori sebagai pikun adalah pasti beliau tahu benar bahawa tujuan pemberian BR1M yang dicadangkan Bank Negara Malaysia itu semata-mata bagi kelompok sasar yang terimpak akibat rasionalisasi subsidi minyak negara.

Kerajaan perlu merasionalisasikan subsidi minyak kerana pemberian subsidi melaluinya tidak mengena kepada kelompok sasar. Sebaliknya, subsidi itu bukan sahaja dinikmati oleh mereka yang mampu dan kaya tetapi juga rakyat asing. Sejak sekian lama, kebijaksanaan subsidi minyak bukannya pendekatan yang baik akan tetapi merupakan kelompangan dalam aktiviti ekonomi negara.

Sebelum rasionalisasi minyak dilaksanakan kerajaan pada tahun 2009, sebanyak RM6.2 bilion dibelanjakan. Tahun 2010 dibelanjakan RM9.6 bilion, tahun 2011 sebanyak RM20.4 bilion, tahun 2012 RM24.7 bilion, tahun 2013 RM24.8 bilion dan tahun 2014 dibelanjakan sebanyak RM21 bilion. Angka-angka subsidi itu jauh lebih besar berbanding jumlah yang diberikan melalui BR1M. Ini bermakna melalui rasionalisasi subsidi minyak, ianya bukan sahaja negara dapat berjimat bahkan juga perbelanjaan wang negara lebih tersasar.

Wang subsidi untuk minyak, sebenarnya satu kebocoran kepada kewangan negara kerana wang demikian boleh digunakan untuk penjanaan aktiviti ekonomi yang berdaya maju.

Terlihat bahawa pemberian BR1M akan lebih memperkasa aktiviti peruncitan dalam negara. Jika aktivti peruncitan berkembang maju, maka ianya satu mekanisme meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Atas sebab itu, kita dapat melihat bahawa nilai jumlah ekonomi negara meningkat satu kali ganda ke paras RM1.1 trilion.

Era Najib, meskipun diwar-warkan bahawa ekonomi Malaysia akan bankrap termasuk daripada propaganda mantan Menteri Kewangan (1984-1991) Tun Daim Zainuddin. Namun, melalui fakta bahawa ekonomi negara bukannya menuju muflis tetapi hakikatnya terus berkembang dengan pertumbuhan di atas 4 peratus setahun. Sebagai catatan, sebelum tahun 2009, kadar pertumbuhan negara adalah pada paras negatif 7.4 peratus.

Pelaksanaan BR1M oleh kerajaan, sebenarnya satu cara perbelanjaan kerajaan bagi merancakkan ekonomi domestik kerana ekonomi domestik yang rancak merupakan kekuatan sesebuah ekonomi seperti Malaysia.

Pembangkang, lambat laun jua akan menerima perancangan ekonomi negara yang dilaksanakan kerajaan melalui kepimpinan Dato' Seri Najib Razak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook