Latest News

Wednesday 22 February 2017

ANIFAH AMAN LETAK JAWATAN? Di Mana Kebenarannya???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) rumors are saying Anifah Aman... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

TERLIHAT sangat pembangkang dan pencacainya tiada isu yang boleh diputar belit. Pertama, Menteri Besar (MB) Selangor, Azmin Ali yang berspekulasi di Twitter yang kononnya adalah menteri kanan BN letak jawatan. Manakala Lim Kit Siang menyebut Dato' Sri Anifah Aman letak jawatan. Tahu-tahu, beberapa jam kemudian empat (4) wakil rakyat DAP Melaka yang keluar DAP.

Demikian juga cerita pengguna facebook itu yang hanya bersandar kepada cerita khabar angin dan menularkan pula khabar angin itu. Ertinya, pencacai pembangkang tiada isu lagi yang boleh ditular dan atas sebab itu, terpaksa mengguna pakai cerita khabar angin.

Tiada sebab MP Kimanis itu letak jawatan. Tugas beliau di Kementerian Luar Negeri sungguh berkesan. Jika sekiranya beliau letak jawatan bermakna lari daripada tanggungjawab. Mungkin cerita khabar angin yang diwar-warkan pembangkang termasuk Azmin Ali dan Kit Siang adalah supaya Anifah lari daripada tanggungjawab. Jika itu berlaku, maka akan dicop kepada MP Kimanis Sabah itu sebagai seorang pemimpin yang meninggalkan tanggungjawab yang diberikan.

Pemimpin pembangkang mengguna pakai psikologi songsang untuk memerangkap pemimpin BN termasuk melakukan cerita rekaan seperti tindakan  letak jawatan.

Kepada pengguna facebook itu, jangan memalukan diri sendiri kerana cerita yang anda tularkan tidak berpijak di bumi nyata. Usah layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook