Latest News

Thursday 9 February 2017

Antara Shafie Apdal x Rahman Dahlan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BUKAN SEMUA SALAH SHAFIE... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DATUK Seri Shafie Apdal telah dilantik di peringkat Persekutuan sejak tahun 1995 bagi mewakili Sabah. Ya! Benar! Negeri Sabah dan bukan daerah Semporna sahaja tetapi seluruh rakyat Sabah bagi kementerian yang beliau wakili. Demikian juga selepas dilantik sebagai menteri KKLW, di mana peruntukan Persekutuan untuk luar bandar disalurkan bukanlah hanya untuk Semporna sahaja akan tetapi seluruh tempat di negeri Sabah termasuklah daerah Tuaran.

Dato' Abdul Rahman Dahlan, meskipun menjadi Ahli Parlimen (MP) Kota Belud bermula tahun 2008 hanya dilantik ke jawatan Persekutuan selepas PRU-13, yakni tahun 2013. Jawatan beliau adalah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kini sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Unit Perancang Ekonomi (EPU). Lihat bagaimana komitmen Rahman. Selepas sahaja ada ruang untuk membantu rakyat Sabah seperti mana dilakukan beliau semasa menjawat KPKT, maka melalui EPU, peruntukan RM18 juta telah diperuntukan untuk membina Jambatan Sungai Damit, Tuaran di mana sebelum ini permohonan berkaitan jambatan itu telah beberapa kali dikemukakan kepada Datuk Seri Shafie Apdal semasa beliau menteri KKLW atas kerana memang permohonan seumpama itu di bawah tanggungjawab beliau. 

Namun, apa yang berlaku sehingga beliau dipecat, permohonan itu tidak beliau pertimbangkan walaupun arahan mengenainya secara tidak langsung disampaikan kepada beliau oleh Perdana Menteri kerana ada permohonan seumpamanya daripada mantan MP Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing. Ada kemungkinan mengapa permohonan itu tidak diproses Shafie atas sebab permohonan itu daripada wakil rakyat lain. Ertinya, jika diberikan peruntukan dan diluluskan, maka proksi atau macai-macai Shafie tidak akan dapat projek itu kerana biasanya yang dapat projek adalah pencadang atau pemohon asal.

Memang benar, kata Rahman bahawa Shafie diberikan sokongan oleh pemimpin dan ahli UMNO yang dizahirkan melalui perwakilan UMNO agar Shafie menang jawatan Naib Presiden bertujuannya supaya beliau mendapat jawatan kanan seperti KKLW. Ini kerana melalui jawatan kanan itu, dapatlah beliau membantu rakyat Sabah sebagai misalnya dapat menyediakan peruntukan untuk membina Jambatan Sungai Damit, Tuaran. Namun, apa yang berlaku dana yang diperuntukan untuk Sabah hanyut ke laut, malah ada yang singgah di poket orang-orang tertentu termasuk macai-macai beliau.

Bukan sahaja Rahman yang merasa tertipu kerana menyokong Shafie akan tetapi juga majoriti pemimpin dan ahli UMNO merasa tertipu serta dikhianati. Lainlah dengan pelarian Sabah itu. Dia bukanpun penyokong Parti UMNO tetapi dia adalah individu yang tidak tahu apa yang diperjuangkan dan individu yang suka bercakap sendiri di mana orang lain tidak faham kecuali mereka yang bodoh-bodoh memahami apa yang dia tulis.

Rakyat Sabah, kini mengetahui mana pemimpin Sabah yang membela rakyat Sabah dan mana yang hanya berlakon dan bersandiwara semata-mata untuk kepentingan peribadi. Kini, rakyat Sabah telah tahu rupanya serta tindakan Shafie selama ini yang hanya berlakon bukan mempunyai matlamat membela rakyat Sabah. Rekod 20 tahun, tidak ada tindakan membela rakyat Sabah. Bagaimana pula tiba-tiba ada niat seumpama itu? Fikir-fikirkanlah! Itulah namanya menipu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook