Latest News

Friday 24 February 2017

BAHAN CERITA 'Projek IC & PATI' PEMBANGKANG, BERPISAH TIADA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Warisan, Umno... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

BEMULA tahun 1990, projek IC dan PATI telah menjadi bahan cerita pihak-pihak tertentu dalam kumpulan KDM khususnya penyokong pembangkang. Namun, rakyat tidak juga tertarik dengan dakwaan itu pada setiap pilihan raya. Sebagai bukti, pada PRU-13, daripada 773,700 yang mengundi hanya 46,900 yang mengundi yang percaya adanya projek IC dan yang percaya PATI adalah projek parti UMNO. Apa erti angka itu? Maknanya, tidak ramai yang percaya wujudnya projek IC kerana rakyat majoriti tahu bahawa projek IC adalah tindakan sindiket pemalsuan kad pengenalan yang bermotifkan kewangan sahaja. Mereka yang membeli kad pengenalan palsu hanya menguntungkan sindiket atas kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa berkenaan dengan kad itu. Selain “menipu” majikan untuk menjadi buruh, pelayan restoran atau penjual barangan kaki lima, mereka itu tidak boleh membuka akaun bank apatah lagi mendaftar sebagai pengundi. Fakta!

Telah terbukti melalui RCI (PATI) Sabah tiada indikasi bahawa adanya projek IC. Apa yang ada adalah projek pembuatan IC palsu oleh pihak-pihak tertentu yang tiada hubungan dengan pihak kerajaan melainkan satu bentuk bisnes.

MAKLUMAT DITERIMA: Oleh kerana kad pengenalan yang dikeluarkan adalah palsu, sindiket merekrut pegawai-pegawai yang tidak amanah termasuk daripada JPN dan Imigresen bagi melepaskan mereka itu jika berlepas ke Kuala Lumpur sebagai one way trip dan dipesankan bahawa mereka tidak boleh kembali ke Sabah kerana jika kembali akan ditangkap. Keadaan itulah yang berlaku jika pengguna kad pengenalan palsu itu cuba-cuba untuk balik pasti akan ditangkap.

Walaupun isu kad pengenalan palsu berkaitan PATI telah diwar-warkan sejak tahun 1990, sehingga kini, tiada seorangpun tampil ke depan termasuk pengguna facebook itu untuk membuat laporan sebagai “pinpoint” mana satu PATI yang terdapat pada daftar pengundi. Jika benarlah ada PATI mendaftar sebagai pengundi, masakan seorangpun tidak boleh tertangkap atau terbongkar. Oleh kerana tiada yang tertangkap itu bermakna dakwaan bahawa adanya PATI mendaftar sebagai pengundi hanya menerima dakwaan Dr. Jeffrey secara bulat-bulat tanpa bukti. Sebab itu, apabila rakyat sedar maka parti beliau ditolak bulat-bulat seperti mana bukti pada pilihan raya yang lalu.

Kepada pengguna facebook itu adalah sia-sia anda membuat dakwaan kerana tiada jua yang percaya atas kerana fitnah semata-mata.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook