Latest News

Sunday 12 February 2017

Bekalan Minyak Bersubsidi ATAU Minyak Tidak Bersubsidi

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DITAHUN KE54 SABAH MERDEKA... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

SEBENARNYA, jika benarlah minyak makan yang diberi label BN dan nama seorang wakil rakyat benar-benar wujud dan merupakan minyak bersubsidi, maka ianya merupakan tindakan tidak wajar kerana akan membawa pengertian bahawa minyak paket bersubsidi kurang di pasaran disebabkan dimonopoli atau dibeli pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik.

Jika ada pengguna atau rakyat memberi komen negatif berkaitan dengan pengedaran minyak bersubsidi yang berlambangkan BN dan nama wakil rakyat berkenaan, maka ianya tidak dapat dipertanggungjawabkan oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan Barisan Nasional kerana tindakan seumpama itu bukanlah polisi kerajaan melainkan tindakan wakil rakyat itu semata-mata untuk kegunaan pengguna atau rakyat yang diwakilinya. Walaupun tindakan itu positif bagi kawasan yang diwakili wakil rakyat berkenaan, namun negatif bagi wakil-wakil rakyat lain.

Tindakan seumpama itu boleh membawa makna wakil rakyat lain tidak prihatin berkaitan dengan keperluan rakyat yang diwakili.

Sekiranya, tindakan wakil rakyat berkenaan memang benar-benar wujud, maka sewajarnya ianya ditarik balik atas sebab tindakan itu memberi gambaran negatif kepada kerajaan.

Masalah minyak paket 1 kg bersubsidi  yang  kurang di pasaran walaupun bekalan minyak itu sebenarnya mencukupi, namun akibat tindakan panik daripada pengguna sehingga membeli berlebihan telah menjadikan bekalan minyak itu kerap tidak dijumpai di pasaran.

Sebenarnya, bekalan minyak bersubsidi 1 kg tidak harus berlaku kurang di pasaran kerana produk itu merupakan keperluan rakyat. Atas sebab itu, jika berlaku ketirisan kerana ada pihak-pihak tertentu membeli minyak itu bagi tujuan penyeludupan, ianya bukan masalah rakyat tetapi masalah penguatkuasa. Pihak kerajaan, kerana bertindak pantas menyelesaikan masalah ini termasuk memberitahu wakil-wakil rakyat untuk tidak menjadikan produk tersebut sebagai 'bahan politik'.

Tindakan wakil kawasan Beaufort itu, jika benar-benar botol minyak berlabel BN dan nama beliau itu dibeli bukan memanfaatkan bekalan minyak bersubsidi, sebaliknya membeli pada harga pasaran biasa dan membotolkannya hanya untuk membantu menyediakan bekalan minyak masak bagi rakyat yang diwakili beliau, sebenarnya satu tindakan yang perlu dipuji kerana mampu menyediakan bekalan minyak masak kepada penyokong atau rakyat yang diwakili beliau secara percuma. Namun, bagaimana pula wakil rakyat lain? Rakyat sudah tentu memberi tanggapan bahawa wakil rakyat yang mewakili mereka tidak prihatin terhadap mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook