Latest News

Friday 3 February 2017

Cabaran Kepada Pemimpin Dan Ahli UMNO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya sangat berharap bangunan ini TERPAKSA disewakan menjadi hotel... Oleh FB Luke js Biajin (screenshot)

PARTI pembangkang tempatan Sabah, musuh utama parti-parti itu adalah Parti UMNO. Sebabnya, UMNO merupakan tunjang kepada parti-parti komponen parti-parti Barisan Nasional (BN) Sabah.

Bermula tahun 1990, musuh utama parti PBS yang sedang memerintah pada masa itu adalah parti UMNO ekoran pembubaran parti USNO parti pembangkang utama Sabah, di mana peranan USNO diambil alih oleh UMNO.

Parti PBS mempunyai perjuangan yang sama seperti mana perjuangan parti-parti pembangkang yang ada khususnya Parti Warisan Sabah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal. Namun, parti PBS pimpinan Tan Sri Pairin Kitingan menyedari selepas BN yang ditunjangi UMNO membentuk kerajaan pada tahun 1994 terbukti lebih banyak membawa pembangunan kepada Sabah dan memberi tumpuan membela rakyat. Berasaskan kepada cara parti BN Sabah memerintah, maka PBS menyertai semula BN pada tahun 2002.

PBS mempunyai pengalaman memerintah selama 9 tahun iaitu bermula tahun 1985-1994. Dan, sudah tentu dapat melihat parti mana dan pemimpin mana membawa kemajuan kepada rakyat.

Benar juga sangkaan Tan Sri Pairin Kitingan bahawa cara pemerintahan parti BN yang ditunjangi UMNO dapat memajukan rakyat kerana bayangkan sebuah kerajaan yang hampir muflis tetapi dek kerana kepimpinan BN, maka Sabah dapat mengumpulkan simpanan kewangan sehingga RM3 bilion dan simpanan itu kekal sehingga kini.

Pembangunan negeri seperti Sabah memerlukan dana yang besar dan atas sebab itu, atas kemampuan parti BN maka Sabah dapat membentangkan bajet negeri hampir RM4 bilion setahun.

Para pemimpin BN Sabah khususnya daripada parti UMNO telah diberikan kedudukan penting di peringkat persekutuan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Namun, pemimpin yang diberi amanah menerajui kementerian itu, tidak ada niat memajukan Sabah dan rakyatnya. Oleh sebab itu, berlakunya ketirisan berkaitan dana Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang berjumlah RM3.3 bilion.

Bayangkan hak Sabah dan rakyatnya serta keputusan sudah berada di tangan juga malangnya tidak mampu disampaikan kepada rakyat Sabah. Bagaimana pula pada masa depan pemimpin seumpama ini boleh mengaku boleh memajukan Sabah dan rakyatnya?

Adalah menjadi cabaran kepada pemimpin, ahli, penyokong UMNO untuk memberitahu rakyat Sabah bahawa Kerajaan Negeri Sabah yang ditunjangi UMNO merupakan sebuah kerajaan yang sangat bertanggungjawab dan terus membela rakyat walaupun terdapatnya mantan-mantan pemimpin parti itu seperti Shafie Apdal yang tidak menunaikan amanah yang telah diberikan.

Kepada rakyat Sabah yang menyokong Parti Warisan Sabah atau pembangkang, anda kena berfikir secara rasional dan bijak. Jangan potong angsa yang bertelur emas, jangan juga mencurah air di tempayan kerana mendengar guruh di langit dan jangan terikut-ikut kepada pemimpin pembangkang dan penyokongnya kerana mereka itu hanya memperjuangkan matlamat peribadi bukannya untuk rakyat secara umumnya. Fikir-Fikirkanlah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook