Latest News

Tuesday 14 February 2017

Cara BN Membantu rakyat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Membela rakyat dgn beri sekampit beras RM50 hanya sekali dlm tempoh 5 tahun... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

CARA kerajaan Barisan Nasional membantu rakyat bukan memberikan sekampit beras dengan diiringi RM50 akan tetapi cara BN membela dan membantu rakyat adalah melalui program atau pembinaan infrastruktur yang diperlukan rakyat seperti klinik kesihatan, sekolah, jalan raya, tempat membeli belah selain kemudahan perkhidmatan seperti pejabat-pejabat kerajaan, pejabat daerah, jabatan pelajaran, bomba, balai polis dan juga taman rekreasi atau padang-padang permainan.

Adalah dakwaan dangkal bahawa kerajaan menyediakan makan minum untuk rakyatnya kerana tiada negara di dunia ini pernah melakukan cara itu. Kerajaan hanya menyediakan keselamatan, peluang-peluang ekonomi, peluang-peluang pendidikan dan peluang-peluang pekerjaan. Jika ada pihak-pihak tertentu mengatakan bahawa kerajaan dalam rangka membela rakyat maka perlu menyediakan makan minum, itu namanya satu pembohongan luar biasa kerana tiada satupun negara di dunia ini mampu melakukannya kecuali atas dasar bantuan ihsan kemanusiaan dan kurang kemampuan. Itu sahaja dan tidak lebih tidak kurang!

Kerajaan yang ada hanya mempunyai komitmen untuk membina prasarana yang diperlukan rakyat sesuai dengan pendapatan negara sama ada bersumber daripada harta semulajadi ataupun akibat perdagangan antara negara. Bagi kerajaan, setiap pendapatan negara perlu dibelanjakan kerana melalui perbelanjaan, maka negara atau kerajaan dapat mengembalikan pendapatan yang diperolehi melalui percukaian kepada rakyat.

Jadi, jangan salah anggap bahawa membela rakyat perlu menyediakan makan minum kecuali kepada mereka yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan sebagai imbal balik kepada tenaga dan fikiran mereka dengan dibayar gaji untuk itu.  Mereka yang terpilih sebagai kakitangan kerajaan, sebenarnya mereka itu adalah rakyat terpilih kerana dipilih untuk mengurus negara sesuai dengan kapasiti masing-masing.

Peranan kakitangan kerajaan tersangat penting kerana berjaya dan gagalnya sesebuah kerajaan ditentukan oleh kakitangan kerajaan itu sendiri. Hal ini kerana mereka itu adalah pelaksana utama! Atas sebab itu, jangan salahkan kerajaan kerana jika menyalahkan kerajaan, maka yang disalahkan adalah kakitangan kerajaan. AFS yakin, setiap keluarga rakyat Sabah mempunyai anak atau hubungan saudara yang menjadi kakitangan kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook