Latest News

Wednesday 8 February 2017

DASAR KABOTAJ Apa Hubungan Langsung Dengan Kehidupan Rakyat?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MP dari Sabah langsung tidak berminat mengketengahkan nasib rakyat Sabah.. Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

DASAR KABOTAJ NEGARA hanya bertujuan pengangkutan barang menggunakan kapal laut antara wilayah dalam negara dan melalui dasar itu hanya kapal-kapal milik rakyat negara ini sahaja yang dibenarkan mengangkut barangan antara wilayah atau antara pelabuhan. Dengan pengertian demikian, maka kapal-kapal bukan milik rakyat atau bukan syarikat negara ini tidak dibenarkan mengangkut barang antara pelabuhan kecuali barang-barang itu didatangkan daripada negara lain. Melihat kepada kandungan dasar itu, apa masalahnya dengan rakyat? 

Kemudiannya, ramai yang mengatakan atau mendakwa disebabkan kapal-kapal yang digunakan merupakan milik rakyat negara ini atau milik syarikat-syarikat negara, maka harga barangan menjadi lebih tinggi khususnya di Sabah. Mari rungkaikan!

Sebenarnya, harga barangan yang lebih tinggi tidak semestinya atas dasar kabotaj kerana meskipun tiadanya dasar kabotaj itu, kos pengangkutan antara Sabah dan pelabuhan di Semenanjung akan sama sahaja apakah pengangkutan barang menggunakan kapal milik negara ini atau negara asing. Hal ini kerana jarak akan senantiasa sama antara pelabuhan di Semenanjung dengan Sabah.

Mereka yang mempolitikkan dasar kabotaj negara sedikitpun tidak pernah mengemukakan bahawa pengangkutan dengan kapal asing akan lebih murah dan tiada jaminan bahawa kapal asing sanggup mengangkut barangan daripada Semenanjung ke Sabah apabila telah selesai pemunggahan barangan kapal itu akan kosong sedangkan destinasi kapal itu adalah negara asal kapal itu.

Pengguna facebook itu, sebenarnya tidak tahu mekanisme dasar kabotaj kerana dia hanya tahu berhujah di facebook dan AFS percaya tidak sama sekali terlibat dengan perkapalan dan langsung tiada pengalaman berkaitan 'forwarding'.

Sebenarnya, harga barangan antara pelabuhan di Malaysia semuanya seragam. Yang menyebabkan harga barangan mahal adalah atas tindakan pemborong kerana mereka memperkirakan kos gudang dan kos pengangkutan antara daerah selain keuntungan lebih.

Sistem pengangkutan di Sabah hanya menggunakan jalan raya itupun terhad kapasitinya. Manakala di Semenanjung selain kenderaan seperti lori juga mempunyai kereta api barang. Di Sabah, hanya laluan Tenom atau Beaufort sahaja yang ada perkhidmatan kereta api barang sedangkan tempat lain sangat bergantung kepada lori.

Jadi, jangan salahkan dasar kabotaj kerana sebenarnya dasar itu bukanlah penyebab harga barangan mahal di Sabah, Hanya mereka yang kurang tahu seperti wira facebook itu mempersoalkan dasar kabotaj.

Kalau diikuti perbincangan meja bulat atau seminar berkaitan dasar kabotaj, peserta atau pemudah cara atau panel yang dianggap pakar pengangkutan laut tidak mampu menjustifikasikan bahawa dasar kabotaj menyumbang kepada harga barangan mahal di Sabah. Mungkin, pengguna facebook itu tidak pernah hadir berkaitan seminar yang membicarakan dasar kabotaj. Sebab itu, berkokok di facebook sahaja!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook