Latest News

Tuesday 21 February 2017

DASAR KABOTAJ SABAH Ada Pro & Kontra

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bn/umno Sabah gusar WARISAN semakin naik... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

MEREKA yang pro kepada pemansuhan dasar kabotaj negara, sebenarnya tidak berpandangan jauh dan tidak memperkirakan impak buruk kepada industri perkapalan negara. Jika dasar kabotaj dimansuhkan, maka syarikat perkapalan besar dapat menelan syarikat-syarikat kapal yang kecil melalui perang harga apabila semua syarikat perkapalan kecil gulung tikar dan kuasa monopoli sudah dan sedang berkuasa! 

Maka dengan itu, syarikat perkapalan besar akan menaikkan kos pengangkutan sesuka hati malah pengalaman pemain idustri itu telah mengalaminya apabila syarikat perkapalan seperti Maersk Line yang telah beroperasi lebih 80 tahun dan menguasai perkapalan dunia satu ketika pernah menurunkan kos bagi 40 kaki kontena serendah 400 dolar. Kemudiannya, selepas tidak ada lagi perkhidmatan perkapalan memberi kemudahan bagi kontena seumpama itu, syarikat perkapalan itu menaikkan semula kos sehingga 4000 dolar. Jika dasar kabotaj negara dimansuhkan, maka keadaan ini akan berlaku dan pada gilirannya, penggunalah yang menjadi korban dek kerana jika itu berlaku maka tiada lagi pilihan.

Sebenarnya, mengulungtikarkan sesebuah syarikat perkapalan tersangat mudah, namun membangun syarikat perkapalan bukannya mudah atas kerana banyak faktor yang perlu diambil kira seperti kos logistik, jaringan, gudang, kapal, tenaga kerja dan banyak lagi. Atas sebab itu, memansuhkan dasar kabotaj negara hanya mudah di bibir mulut tetapi mempunyai impak yang cukup besar dalam jangka panjang. Jika tujuan memansuhkan dasar kabotaj, kononnya boleh menurunkan harga jangkaan itu boleh sahaja berlaku dalam jangka pendek. Akan tetapi dalam jangka panjang, tujuan itu bukan sahaja tidak tercapai, malah boleh menyebabkan harga barangan naik bukan sahaja berkali lipat ganda, malahan juga puluhan kali ganda!

Kepada pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan, jangan sangat terpengaruh dengan hujah pemansuhan kabotaj yang kononnya boleh menyelesaikan masalah harga barangan di Sabah. Itu semua karut belaka! Ini kerana pemansuhan itu boleh sahaja berlaku dan apabila ianya berlaku seperti ibarat, "terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook