Latest News

Monday 27 February 2017

'Demokrasi Berparlimen' Negara Membangun

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jawatan ketua menteri sabah sering menjadi buah mulut dikalangan pulitikus yg kurang bijak... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

KERAJAAN dunia ini (era sekarang) ada dua sistem yang digunakan untuk memilih ketua kerajaan sama ada negara itu sudah maju atau sedang membangun.

Di negara-negara yang berketuakan kerajaan 'Presiden' dipilih secara langsung. Manakala, kerajaan yang berketuakan Perdana Menteri, maka pemilihan Perdana Menteri atau Ketua Menteri dilaksanakan secara tidak langsung.

Negara maju yang memilih Presiden secara langsung adalah seperti negara Amerika Syarikat, Russia, Korea Selatan, Perancis mahupun Jerman. Manakala negara yang sedang membangun adalah Indonesia dan Filipina. Bagi jawatan Perdana Menteri pula, negara maju yang mengguna pakai pemilihan tidak langsung adalah United Kingdom (UK), Jepun, Singapura atau Australia. Manakala negara membangun adalah seperti Malaysia dan Thailand.

Pemilihan ketua kerajaan sesebuah negara atau negeri tertakluk pada perlembagaan sesebuah negara. Di Malaysia, oleh kerana sistem pemerintahan adalah 'demokrasi berparlimen', maka pemilihan ketua kerajaan ditentukan oleh parti yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen atau DUN terbanyak. 

Mengapa parti UMNO senantiasa dapat memilih 'Ketua Kerajaan'? Sebabnya, UMNO adalah parti tunjang namun ianya tidak berlaku di Selangor, Sarawak, Pulau Pinang dan Kelantan. Jadi tidak benar bahawa UMNO yang senantiasa memilih ketua kerajaan. Fakta!

Kenyataan pengguna facebook itu adalah kenyataan yang sungguh tidak tepat dan kurang asas kerana fakta di negara ini tidak selari dengan kenyataan pengguna facebook itu.

Mengenai cadangan pengguna facebook itu, kononnya, jika 'Parti Gabungan Sabah' dapat merampas kerajaan, maka Ketua Menteri perlu dipilih secara langsung. Cara demikian boleh dilaksanakan jika perlembagaan negeri diubah dan sistem kerajaan juga diubah daripada sistem demokrasi berparlimen kepada sistem yang diamalkan Indonesia ataupun Amerika Syarikat. Ini bermakna Sabah tidak ada lagi jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) dan 'Negara' juga tiada lagi Raja atau Sultan. Ertinya, negara bertukar kepada sistem republik. Jelas?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook