Latest News

Friday 3 February 2017

Di Sebalik Penyokong Dan Ahli Parti Warisan Sabah


MELIHAT kepada latar belakang para pemimpin Parti Warisan Sabah memang parti itu mahu menarik penyokong dan ahli-ahli parti lain baik daripada UMNO, parti-parti komponen BN dan parti-parti pembangkang yang lain.Melihat kepada keadaan dan situasi itu, nampaknya parti yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal itu, selain daripada pemimpin yang tiada kesetiaan juga ahli-ahli dan penyokongnyapun tidak ada kesetiaan. 

Parti Warisan Sabah bagaikan parti lalang, di mana angin bertiup di situlah arah rebahnya, yakni menggambarkan sebuah parti itu hanya berjuang mengikut masa dan tiada destinasi jelas. 

Adalah lumrah bagi sesebuah parti yang dianggotai oleh mereka yang hanya berjuang untuk tujuan peribadi, maka mereka-mereka yang mempunyai matlamat sama akan berkumpul dalam parti seperti Parti Warisan Sabah. Keadaan inilah yang menyebabkan para pemimpin parti memilih lambang perahu layar atas sebab apabila apabila semua kepentingan perbadi sudah diperolehi, maka mudah untuk belayar atau melupakan rakyat yang mereka kaburi.

Sejak ditubuhkan, para pemimpin parti itu asyik mengumumkan kemasukan ahli-ahli parti lain ke dalam parti mereka. Ertinya, parti itu tidak mampu menarik rakyat yang tidak berparti. Dengan keadaan demikian, maka mengesahkan bahawa parti itu hanya menerima ahli-ahli parti lain yang tiada perjuangan dan tiada kesetiaan. 

Cuba bayangkan, jika semua ahli dan penyokong terdiri daripada mereka yang tiada kesetiaan dan tiada perjuangan, maka akan timbul keadaan ramainya kapten berbanding kelasi Cuba bayangkan, pada sebuah kapal layar itu di mana kapten mengatasi jumlah kelasi. Akhirnya, sudah tentu kapal itu tidak sampai ke destinasi sebaliknya akan tenggalam dalam perjalanan.

Para pemimpin dan ahli Parti Warisan Sabah, sebenarnya terdiri daripada mereka yang kecewa. Bayangkan, sesebuah parti yang dipenuhi oleh pemimpin dan ahli-ahli yang kecewa!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook