Latest News

Thursday 9 February 2017

DOLAK-DALIK Kit Siang: ISU 1MDB Vs ISU FOREX MAHATHIR & BMF

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Keruak, why the urgency to get to the bottom of the FOREX scandal... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)
(ii) Salleh Said Karuak said, 1MDB finances details are "an open book.."... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

PERKARA pokok atau utama yang mahu dinafikan oleh pembangkang khususnya Tun Mahathir, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Tony Pua dan akhbar-akhbar tempatan pembangkang dan luar negara seperti WSJ, New York Times apalagi Sarawak Report bahawa wang kerajaan yang terlibat dalam 1MDB hanya berjumlah RM1 juta. Ya! Satu juta ringgit sahaja. Modal yang diperolehi sehingga RM42 bilion adalah melalui terbitan bon atau pinjaman. 

Atas sebab itu, melalui pinjaman itu syarikat itu dapat membeli berbagai harta termasuk tanah. Oleh kerana harta yang dibeli itu mengikut masa, maka nilainya telah bertambah yang akhirnya obligasi kewangan syarikat itu dapat diatasi sendiri oleh syarikat tanpa melibatkan wang kerajaan kecuali yang RM1 juta itu. Oleh kerana syarikat itu sekarang mempunyai kelebihan daripada segi tunai berjumlah RM1 bilion, apa juga dengan nilainya adalah RM1 juta.

1MDB adalah satu-satu syarikat milik kerajaan yang telah disiasat oleh semua agensi penguatkuasa di negara ini termasuk PAC Parlimen yang mana anggotanya sebahagian adalah pembangkang. Melalui seluruh siasatan itu, tidak terdapatnya salah guna pihak kerajaan atau Perdana Menteri. Apa yang ditemukan adalah kesilapan biasa di peringkat pengurusan khususnya yang melibatkan usahasama antara 1MDB dan IPIC/Aabar Investment sPJS, Abu Dhabi. Atas sebab itu, apabila timbul perbalahan maka 1MDB merujuk perkara itu ke mahkamah timbang tara antarabangsa. And the result is clear!

Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas Lim Kit Siang kerana memanjangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi 1MDB semasa pemimpin DAP itu mempersoalkan desakan siasatan suruhanjaya terhadap skandal kerugian Tukaran Wang Asing Negara (Forex) yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) dan isu kerugian Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Apa yang tidak diberitahu oleh Lim Kit Siang bahawa kerugian tukaran wang asing BNM dan isu BMF, tiada sebarang siasatan mengenainya. Malah, terdapatnya tindakan menipu maklumat daripada pihak-pihak tertentu pada masa itu.

Lim Kit Siang, pada kedudukan sekarang cuba pula menafikan berkaitan dua isu lama itu. Sedangkan, beliaulah pemimpin yang menjadikan dua isu tersebut sebagai bahan menghentam Tun Mahathir pada ketika itu. Malah, beliau telah menulis buku mengenainya. Kini, disebabkan beliau bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, maka beliau terpaksa berdolak-dalik pula. Politik!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook