Latest News

Monday 20 February 2017

DORIS KETANDUSAN, "HARTA KERAJAAN NEGERI BUKAN HARTA MUSA!"

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tanah kerajaan atau tanah MUSA AMAN... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

APABILA seseorang ketandusan isu, maka akan mencarut! Bayangkan tanah milik Kerajaan Negeri Sabah di Ampang dikatakan milik peribadi YAB Datuk Seri Musa Haji Aman.

Adalah pendekatan biasa apabila harta kerajaan negeri di luar negeri Sabah dibangunkan maka atas nama Jabatan Ketua Menteri (JKM). Jikalaupun Doris Jones merupakan Ketua Menteri Sabah, pendekatan serupa akan dilakukan kerana hanya cara itu dibenarkan melalui undang-undang tubuh kerajaan negeri Sabah jika berkaitan dengan harta negeri yang berada di luar tanah Sabah. Demikian juga halnya jika tanah Persekutuan Malaysia di luar negara dibangunkan, maka benefisiari adalah Persekutuan Malaysia atau Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kerajaan Negeri Sabah dalam mendapatkan pendapatan kepada negeri bukan sahaja melabur pada syarikat-syarikat berkaitan dengan negeri, malah juga membeli hartanah di kawasan yang berpotensi untuk menjana pendapatan termasuklah tanah di kawasan Ampang, Kuala Lumpur.

Membiarkan tanah itu tidak dimajukan merupakan kerugian kepada kerajaan dan rakyat Sabah. Dengan memajukan tanah itu, maka akan memberi pulangan kepada Sabah dalam bentuk sewa atau penjualan sedikit daripada unit-unit itu.

Melalui dakwaan pelarian itu nampak sangat kebodohannya bahawa dia tidak dapat membezakan antara harta persendirian dengan harta kerajaan. Tiada istilah menggunakan nama Jabatan Ketua Menteri (JKM) bagi tujuan peribadi kerana jabatan itu bukan hak persendirian tetapi sebuah Jabatan utama di bawah kerajaan negeri.

Terlihat benar bahawa pelarian itu tidak ada isu yang ditularkan untuk meneruskan dakyah pembohongannya semata-mata untuk mendapatkan bayaran daripada penaja di UK bagi meneruskan kehidupan di kota London. Kemungkinan dengan dakyah ini, pihak sponsor akan menarik tajaannya kerana terserah sudah kebodohan si pelarian itu. Siapa tahu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook