Latest News

Thursday 23 February 2017

Fulus Umpannya...


RUPANYA, penyebab ramainya pendengar yang datang dalam siri jelajah Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya kerana fulus. Info berkenaan fulus, setiap yang datang disalam dengan fulus RM50 telah beredar dari mulut ke mulut khususnya mereka yang berstatus tiada kerja tetap termasuk ibu-ibu sejak bermulanya jelajah Datuk Seri Shafie Apdal.

Awal bulan Januari, semasa satu perjumpaan di Kampung Likas, Kota Kinabalu malah berlaku kekecohan sedikit kerana ada yang datang mendengar ceramah Shafie tidak mendapat fulus RM50.

Sebenarnya, Shafie sudah terbiasa dengan gayanya menghulurkan “sedekah” setiap kali beliau melawat pada kawasan-kawasan beliau di Semporna. Kebiasaan itu beliau bawa bersama di kawasan-kawasan tertentu khususnya apabila yang datang itu kebanyakannya sesuku dengan beliau atau jika “walk-about” di pasar-pasar, apa yang pasti beliau memberi “sedekah”. Hakikatnya, perbuatan sedekah tidak salah kerana ianya merupakan salah satu tuntutan agama. Namun, sedekah Shafie sebenarnya bersumber daripada mana? Bayangkan, sejak beliau melakukan jelajah dan sempat bertemu termasuk yang hadir katakanlah setiap perjumpaan seperti mana kerap diwar-warkan oleh mereka bahawa kehadiran paling sedikit 3,000 orang. Katakanlah separuh sahaja diberikan sedekah dan ertinya RM75,000! Jika perjumpaan sebanyak 20 kali bermakna sedekah Shafie sudah mencapai RM1,500,000.00 (RM1.5 juta). Nampak gayanya, jelajah Shafie memang cukup mahal kerana acara kopi-kopipun di perkarangan rumah rakyat yang sanggup menerima pemimpin Warisan berceramah diberikan peruntukan RM5000.

Mungkin difikiran Shafie bahawa wang adalah penarik utama sokongan kepada parti yang beliau pimpin dan atas sebab itu, boleh jadi itulah apabila beliau mengatakan bahawa parti Warisan pimpinan beliau akan bergerak solo pada PRU-14 berdepan dengan Parti Barisan Nasional. 

Pada PRU-14, pengundi Sabah diperkirakan seramai 995,000. Jika 50% target parti itu dengan “sedekah” RM100 setiap pengundi, maka parti itu akan membelanjakan RM49,750,000 (RM49.75 juta). Maknanya, setiap calon membelanjakan RM829,167 (jika 60 calon) atau RM681,507 (jika 70 calon). Berasaskan kepada perbelanjaan itu, maka seluruh calon parti itu melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya kerana had setiap calon DUN hanya dibenarkan perbelanjaan RM100,000 termasuk kos poster dan jentera.

Rupanya, Shafie sudah merancang awal-awal tindakan beliau semasa menjadi Menteri KKLW untuk menubuhkan parti. Sebab itu, beliau melalui proksi atau kroni beliau mengumpul sebanyak mungkin wang bagi membiayai parti yang ditubuhkan termasuk kos “sedekah” beliau.

Kepada pembaca, cuba ambil kalkulator dan kiralah sendiri! Sebanyak mana jumlah wang yang bakal dihabiskan Shafie bermula parti beliau didaftarkan sehingga pilihan raya ke-14 kelak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook