Latest News

Monday 27 February 2017

ITULAH Komen Pembangkang!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Slmt pagi semua... Oleh FB Jolly majalap sontuon (screenshot)

KOMEN pembangkang merupakan komen benci dan dendam atas sebab setiap komen bukan berasaskan fikiran waras tetapi komen emosi bercampur fitnah dan bohong.

Komen pembangkang atau mereka yang membangkang, pemimpin kerajaan yang menggunakan minyak wangi jenama Dunhillpun dikatakan bau longkang manakala kentut pemimpin pembangkang pula dikatakan aromanya bagaikan di syurga.

Demikian juga kata-kata pemimpin kerajaan tidak akan diterima walaupun apa yang dikatakan berasaskan fakta dan betul selain mempunyai bukti-bukti. Akan tetapi, kata-kata pembangkang walaupun samar-samar kedengaran dan hanya berupa kenyataan dibuat-buat, maka dikatakan betul!

Penyokong pembangkang tidak akan mahu memahami kenyataan pemimpin kerajaan kerana hati mereka memang sudah buta dan fikiran mereka telah mandul. Sebab itu, binatang bercakappun mereka faham kerana perilaku mereka sudahpun menyerupai binatang kerana binatang memang tidak dikurniakan akal.

Kenyataan Datuk Seri Musa Aman dalam video itu adalah kenyataan beliau di Kota Marudu memetik sebuah buku yang ditulis oleh aktivitis pembangkang kepada Parti UMNO dan Barisan Nasional. Ertinya, apa yang ditulis dalam buku itu adalah kenyataan berfakta dan berbukti! Atas sebab itu, Shafie Apdal tidak berani menyaman penulis buku itu. Sebagai nota, buku itu terbit sebelum Shafie keluar daripada parti UMNO.

Kemungkinan, pencacai pembangkang tidak membaca buku itu dan atas sebab itu hanya tahu menyalak di facebook. Salakan mereka itu benar-benar membuktikan bahawa apa yang ditulis atau dihujah merupakan hujah sampah! Usah layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook