Latest News

Wednesday 8 February 2017

Jambatan Sungai Damit Tuaran Bukan Lakonan BN

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Paling bangas mau baca... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) Menjelang PRU baru pura2 turun padang... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PARA pemimpin BN tidak pernah berlakon jika berkait rapat dengan infrastruktur keperluan rakyat. Memang benar, beberapa kampung berhampiran dengan Pekan Tuaran sejak sekian lama, penduduknya hanya sampai ke pekan melalui jambatan lorong kaki. Jikalaupun menggunakan kenderaan perlu melencong jauh sehingga memakan masa 40 minit hanya semata-mata dihalang oleh Sungai Damit.

Kata orang, memajukan rakyat tidak pernah berhenti, pembangunan berterusan hanya masa dan kewangan yang menentukan. 

Tahun ini, penduduk beberapa kampung di sebarang sungai itu bernasib baik kerana kerajaan telah mempunyai bajet sebanyak RM18 juta untuk membina jambatan. Melalui pembinaan jambatan ini, penduduk  di perkampungan itu akan mudah mengakses kemudahan di pekan Tuaran seperti kemudahan bank, pasar, hospital, balai polis, balai bomba dan yang pasti dapat mengakses Pejabat Daerah dengan lebih cepat dan mudah.

Pembinaan Jambatan itu tidak akan terealisasi tanpa perancangan daripada wakil-wakil rakyat khususnya Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Datuk Seri Madius Tangau dan Dato' Abdul Rahman Dahlan. Dato' Abdul Rahman Dahlan walaupun merupakan wakil rakyat Kota Belud akan tetapi beliau merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tuaran.

Pembinaan infrastruktur seperti Jambatan Sungai Damit tidak ada hubungan langsung dengan PRU-14 kerana kerajaan tidak mengira masa atau bukan merakam masa dalam proses membina infrastruktur keperluan rakyat. 

Kerajaan Parti Barisan Nasional (BN) akan membina infrastruktur keperluan rakyat apabila kewangan telah tersedia dan tahun ini, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan bajet untuk membina jambatan itu. Sememangnya, setiap infrastruktur keperluan rakyat senantiasa dalam rekod kerajaan dan apabila dana yang diperlukan tersedia, maka pembinaan sesebuah infrastruktur keperluan rakyat tidak ditangguhkan untuk diumumkan.

Kepada mereka yang mendakwa pembinaan jambatan itu hanya lakonan para pemimpin Parti Barisan Nasional, sebenarnya menjadi tamparan kepada mereka kerana kehilangan isu untuk diputar belit bagi mengaburi mata rakyat untuk menarik sokongan.

Mereka yang meremehkan pengumuman pembinaan jambatan merupakan sifat semulajadi pembangkang kerana bagi mereka tiada yang baik yang dilakukan oleh kerajaan.

Dengan terbinanya Jambatan Sungai Damit kelak, setidak-tidaknya para pemimpin kawasan itu akan terpahat nama mereka untuk diingati oleh penduduk di beberapa kampung yang terlibat. Situasi inilah yang tidak disukai oleh mereka yang tegar mengkritik pengumuman pembinaan jambatan itu. Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook