Latest News

Tuesday 21 February 2017

KELARUTAN Skandal Rasuah Dana KKLW Jabatan Air Negeri Sabah

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mereka tahu tapi buat tak tahu... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

SEBENARNYA, pada tarikh 4 Oktober 2016 adalah merupakan hari penentuan pembongkaran skandal rasuah dana KKLW bagi pelaksanaan pembinaan infrastruktur Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah. Ini kerana bermula daripada tarikh itu, SPRM berjaya merampas jutaan ringgit dana yang dipercayai diselewengkan daripada dana KKLW berjumlah RM3.3 bilion.

Kerajaan Negeri Sabah dengan jelas memberi penjelasan bahawa setiap sen daripada dana itu keseluruhannya di bawah kawalan KKLW. Ini kerana tidak ada satupun dana daripada kementerian itu disalurkan kepada Bendahari, Kerajaan Negeri Sabah. Semua urusan pembayaran berkaitan dana itu dilaksanakan oleh Bendahari Persekutuan Sabah dan tentunya Kerajaan Negeri Sabah langsung tiada kuasa mengenainya.

Seluruh projek BALB yang mendapat dana daripada KKLW merangkumi perancangan, pelantikan kontraktor seluruhnya dan pembayaran adalah dilaksanakan oleh KKLW sendiri dan seterusnya melantik Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebagai pengawas/panel kepada projek-projek tersebut. Selain itu, KKLW memberi kuasa kepada Pengarah dan Timbalan Pengarahnya untuk projek-projek khas yang bersifat mendesak untuk dilaksana seperti kebocoran atau penyambungan batang-batang paip ke kawasan-kawasan penempatan atau perkampungan. 

Monopoli terhadap dana KKLW bagi maksud BALB, sebenarnya dilakukan melalui monopoli bahan-bahan seperti paip dan peralatan lain. Dengan sebab itu, jika ada syarikat lain diberikan projek atau kontrak maka mereka tidak dapat melaksanakan projek atau kontrak tersebut atas kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak terdapat di pasaran. Hal ini juga atas kerana bekalan untuk itu dikawal sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu yang ada hubungan dengan Pengarah, Timbalan pengarah dan Timbalan Pengarah JANS. 

Dana KKLW itu disunat melalui harga bahan-bahan perpaipan dan atas sebab itulah, semasa SPRM bertindak didapati ratusan juta ringgit tersembunyi daripada mereka yang ditangkap itu. Pihak SPRM masih sedang menyiasat mekanisme yang berlaku sebelum membuat dakwaan terhadap beberapa orang lagi yang ditangkap bermula Oktober tahun lepas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook