Latest News

Monday 6 February 2017

Komen Seperti Katak Bawah Tempurung

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DULU TIDAK PEDULI... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

APABILA seseorang berada di bawah tempurung atau seperti seekor katak di bawah tempurung, komen seperti mana dibuat oleh pemilik facebook seperti itu pasti akan timbul. Sebabnya, dia bukan sahaja bengap di bawah tempurung tetapi matanya juga kabur dan telinganya pekak.

Bayangkan majoriti rakyat Sabah mengakui bahawa kecemerlangan pemerintahan Datuk Seri Musa Aman melalui Parti Barisan Nasional. Atas sebab itu, melalui PRU-2004, 2008 dan terakhir 2013, rakyat majoriti Sabah menyokong kepimpinan Musa. Fakta ini tidak diketahui oleh pengguna facebook itu kerana keadaannya yang terperuk di bawah tempurung. Benar, bukan?

Bayangkan, simpanan kewangan Sabah boleh mencapai RM3 bilion sejak tahun 2011 berbanding tahun 2003 yang hanya sedikit di atas RM100juta. Cuba bayangkan bajet Sabah telah mencecah RM4 bilion merupakan bajet rekod Sabah atas kerana sejak merdeka, Sabah belum pernah membentangkan bajet sebesar itu.

Dari segi infrastruktur, memang diakui Sabah sangat kekurangan. Pembinaan infrastruktur memerlukan masa dan kewangan. Namun, apa yang perlu diakui, pembinaan infrastruktur untuk Sabah sesuai dengan jadual dan kemampuan kewangan negeri. Jalan raya di semua kawasan akan berkembang pesat sebaik sahaja Lebuhraya Pan Borneo siap dibina. 

Sebenarnya, di Sabah bagi jalan raya yang digazetkan sebagai jalan raya semuanya beraspal atau paling tidak sudah ditimbus batu kelikir mentah. Jika ada jalan raya yang kelihatan masih berbentuk tanah, sebenarnya jalan itu belum digazetkan sebagai jalan raya kerana jalan seumpama itu, sebenarnya bekas jalan-jalan balak yakni jalan yang dibina oleh syarikat pembalakan. Sesebuah jalan yang tidak ditimbus batu atau tidak beraspal, sebenarnya bukan jalan yang digazetkan. Apabila tidak digazetkan, maka peruntukan mengenainya memang tiada. Lagipun, jalan seumpama itu bukan jalan kekal.

Mengapa Musa, meminta semua Pegawai Daerah menjadi mata dan telinga kerajaan? Sebabnya, sebagai pegawai kerajaan merekalah yang terdepan sekali mengetahui keperluan dan permasalahan rakyat. Tugas mereka, apa yang mereka ketahui atau rancangkan perlu dilaporkan kepada kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook