Latest News

Friday 3 February 2017

Lembaga Letrik Sabah (SESB) Anak Syarikat TNB

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Electricity Selalu Blackout... Oleh FB Page Darell Leiking (screenshot)
(ii) urang kg... Oleh FB Jo nandu (screenshot)

LEMBAGA Letrik Sabah (SESB) telah menjadi anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) sejak tahun 1998 ekoran ketidakmampuan syarikat milik Sabah itu memenuhi pembinaan infrastruktur berkaitan bekalan tenaga di Sabah.

Sebelum pengambilalihan SESB oleh TNB, liputan elektrik di Sabah hanya tertumpu di kawasan-kawasan bandar dan pekan manakala hampir 90 peratus kawasan pedalaman (perkampungan) masih tercicir mendapatkan bekalan elektrik.

Kini, di merata tempat baik di ulu, pedalaman mahupun di pulau-pulau telah ada bekalan elektrik.

Memang diakui keadaan “blackout” di Sabah terlalu kerap yang bukan sahaja berlaku di bandar, pekan malahan di kampung-kampung. Keadaan blackout hanya berpunca daripada peralatan dan sedikit akibat daripada (bencana alam) seperti pokok tumbang. Besar kemungkinan, punca blackout kerana peralatan yang digunakan tidak menepati spesifikasi atau mempunyai kapasiti rendah sedangkan load yang diperlukan adalah tinggi.

Apa yang perlu difahami, TNB merupakan syarikat senaraian awam dan menjalankan pengurusan secara syarikat dan tiada hubungan dengan kerajaan yang ada. Memang Sabah mempunyai saham 20 peratus tetapi bukan kerajaan yang memilikinya sebaliknya negeri Sabah.

Sesebuah syarikat seperti TNB/SESB menjalankan perniangaan sesuai dengan kehendak dan kepuasan pelanggan. Ertinya, syarikat itu faham benar apabila berlaku blackout, maka tenaga tidak digunakan yang bermaksud pelanggan tidak perlu membayar. Pendapatan syarikat bergantung kepada penggunaan pelanggan. Atas sebab itu, TNB/SESB sebenarnya langsung tidak mahu berlakunya kejadian blackout.

Cadangan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, YB Darell Leiking bahawa Sabah perlu mengambil semula SESB daripada TNB bukanlah suatu perkara yang mudah. Ini kerana kerajaan perlu menyediakan dana yang besar bagi membayar 80 peratus saham TNB dan kemudian Sabah perlu menyediakan bajet untuk tenaga kerja. Cadangan Darell itu hanyalah di atas kertas contoh mudah, namun secara praktikelnya bukan mudah untuk dilaksanakan. Jika benar, Sabah mempunyai kemampuan menjana tenaga elektrik bagi Sabah, maka sebelum tahun1998 seluruh Sabah sudah dibekalkan elektrik. Atas sebab kekurangan dana, maka tiada pilihan SESB untuk diambil alih oleh TNB. Sebagai bukti bahawa Sabah tidak mencukupi dana apabila terlihat kepada peratusan pemilikan saham, yakni hanya 20 peratus.

Membandingkan dengan Sarawak adalah tidak sesuai kerana Sarawak mempunyai dana yang cukup besar. Sarawak mempunyai simpanan kewangan lebih RM40 bilion manakala Sabah pada tahun 1998 hampir muflis. Apa yang tidak ditelusuri oleh MP Penampang itu adalah latar belakang pengambilalihan TNB terhadap SESB. Kenyataan Darell itu serupa dengan dengan kenyataan Presidennya berkaitan Felda Sabah, di mana Shafie tidak mengimbau kembali latar belakang mengapa Felda kembali pada tahun 1979 kerana syarikat itu sebenarnya sudah bertapak di Sabah seawal tahun 1965.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook