Latest News

Sunday 12 February 2017

MA63 Dan Royalti Minyak Antara Sabah & Sarawak

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA AMAN KATA... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(ii) Musa aman mana kau... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(iii) Apa kata musa aman dan keluarga... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

ADA nampak tak? Perbezaan antara Sabah dan Sarawak. Sarawak diperintah oleh parti-parti gabungan Parti Barisan Nasional manakala Sabah diperintah oleh parti yang menjadi tunjang Kerajaan Persekutuan. 

Jika Presiden parti yang mewakili Kerajaan Persekutuan iaitu Perdana Menteri sudah menyatakan apa-apa berkaitan MA63 akan dikembalikan kepada perjanjian asal dan jika sekiranya ada yang terkurang atau terlebih laksana bermakna Perdana Menteri sedang bercakap berkaitan perjanjian itu. Jika bercakap berkaitan perjanjian itu, ianya bukan untuk Sarawak sahaja akan tetapi juga termasuk Sabah dan Semenanjung. Apabila Perdana Menteri sudah bersetuju, maka Ketua Menteri Sabah atau pemimpin kerajaan negeri tidak harus membuat sebarang kenyataan lagi kerana apa yang perlu difahami apabila seseorang Perdana Menteri membuat keputusan ianya merupakan keputusan menyeluruh!

Mereka yang mempertikai mengapa YAB Datuk Seri Musa Haji Aman tidak bercakap lantang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atau royalti minyak, sebabnya pemimpin seperti beliau sudah jelas dan faham apabila Perdana Menteri membuat keputusan, ianya merupakan keputusan secara menyeluruh. Ia sama ada Perdana Menteri mengumumkan berkaitan keputusannya di Mekah atau London atau juga di Lundu, Sarawak membawa pengertian yang sama.

Mereka yang tidak dapat menangkap pengertian berkaitan dengan kenyataan Perdana Menteri berkenaan MA63 atau royalti minyak, AFS ingin memberitahu bahawa sebarang keputusan Perdana Menteri, sebenarnya sama dengan keputusan Musa kerana Ketua Menteri Sabah itu seperti dengan Perdana Menteri. Ertinya, apa perlu bising-bising sedangkan persoalan sudah terjawab!

Kepada pengguna facebook itu, mengertilah dan jangan selalu sangat sempitkan akal. Berfikirlah secara proaktif dan jangan jumud sangat!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook