Latest News

Thursday 9 February 2017

MERAMPAS Tanah-Tanah Felda Untuk Apa? Kickback??? MESTI BACA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) WARISAN akan menarik balik tanah-tanah FELDA... oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

KOMEN pengguna facebook itu berkaitan rancangan Parti Warisan Sabah akan mengambil alih semula tanah-tanah Felda apabila memerintah Sabah menandakan bahawa pengguna facebook itu tidak tahu niat sebenar Datuk Seri Shafie Apdal. Jika tanah yang dioperasikan Felda diambil semula, maka akan ada new deal dengan NewCO. Jika ada rundingan baru, faham-fahamlah apa yang akan berlaku. Mengapa Shafie mahu mengambil alih tanah-tanah yang dioperasikan Felda atas sebabnya hanya untuk mendapat kickback daripada rundingan baru itu.

Jika melalui pengambilan tanah-tanah yang dioperasikan Felda yang kononnya mahu memproses kelapa sawit sendiri, sebenarnya dakwaan itu benar-benar tidak masuk akal. Sebabnya, sebahagian besar minyak kelapa sawit Sabah diproses sendiri kecuali yang tidak tertampung oleh kilang pemprosesan maka dihantar ke kilang-kilang lain untuk diproses. Cerita menghantar ke kilang-kilang lain adalah cerita lapuk sebelum kewujudan POIC. Selepas wujudnya POIC pada tahun 2005, maka semua keluaran minyak kelapa sawit Sabah diproses di Sabah dan atas sebab itulah pendapatan Sabah melalui cukai terus meningkat. Melalui pungutan cukai kelapa sawitlah, maka pendapatan Sabah telah mencapai RM3 bilion bermula tahun 2010. Kalau bukan pungutan cukai daripada kelapa sawit mana mungkin Sabah boleh mendapat pendapatan bersih sehingga lebih RM3 bilion.

Apapun caranya, tanah-tanah yang dioperasikan Felda itu ianya tetap akan dioperasikan oleh sesebuah syarikat kerana kerajaan bukanlah peniaga. Ertinya, kerajaan tidak terlibat dengan perniagaan. Kerana bukan peniaga, maka pendapatan tetap sahaja bersumber daripada cukai. Kenyataan Parti Warisan Sabah yang disokong pengguna facebook itu sebenarnya satu kenyataan yang cuba memperbodohkan dan mengelirukan rakyat.  

Kalaupun tanah-tanah yang dioperasikan Felda itu diambil alih oleh syarikat Sabah, pemprosesan minyak kelapa sawit tetap sahaja dijalankan dikilang-kilang yang berlokasi di Sabah. Kemudiannya, kerajaan akan dibayar cukai sesuai dengan jumlah keluaran. Apapun caranya, pendapatan Sabah tidak akan bertambah kerana pendapatan kerajaan hanya melalui cukai. Tahukah anda, apabila kerajaan melihat bahawa pendapatan melalui cukai tidak boleh bertambah maka dibangunkan POIC. Tujuannya untuk value added keluaran kelapa sawit. Hanya melalui tambah nilai, maka pendapatan Sabah melalui keluaran kelapa sawit dapat ditingkatkan.

Tahukah anda bahawa melalui pewujudan POIC, maka Sabah dapat menarik pelaburan sehingga RM14 bilion dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan di samping juga dapat menghasilkan GNI (gross national income) RM6.4 bilion.

Tindakan Shafie Apdal mahu mengambil alih tanah-tanah yang dioperasikan Felda, sebenarnya satu tindakan ketinggalan zaman. Ini kerana Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui YAB Datuk Seri Musa Haji Aman telah bertindak seawal tahun 2005 bagi memastikan setiap keluaran kelapa sawit di Sabah termasuk kawasan Felda dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negeri dan rakyatnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook