Latest News

Monday 20 February 2017

Parti BN Sabah Memang Memperjuangkan HAK SABAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PBS tidak akan berganjak dari memperjuangkan hak-hak Sabah-Maximus... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(ii) Tiada guna tu sikul ko... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(iii) Bayangkan seorang manusia dalam kandang harimau... Oleh FB Regi P Puvok (screenshot)

PARTI BN Sabah tidak akan mendapat sokongan majoriti rakyat Sabah jika didapati tidak memperjuangkan hak rakyat Sabah.

Tahukah anda bahawa Parti BN Sabah telah memajukan Sabah sejak mengambil alih kerajaan pada tahun 1994. Memang benar, parti PBS bermula tahun 1985-1994 secara bersendirian memperjuangkan hak rakyat Sabah. Akan tetapi, pendekatan parti itu bersifat konfrontasi yang bukannya berasaskan kepada pendekatan sebagai satu pasukan dengan kerajaan persekutuan. Pada masa itu, Sabah hanya bergantung kepada pendapatan negeri, sedikit bantuan kewangan daripada persekutuan atas kerana sifat sesetengah pemimpin parti itu yang anti kepimpinan persekutuan.

Kini, selepas PBS menyertai Parti Komponen BN pada tahun 2002 sudah menukar pendekatannya dengan memperjuangkan hak-hak Sabah dalam acuan atau konteks kerajaan Barisan Nasional, bukannya atas konteks konfrontasi akan tetapi melalui perbincangan.

Parti PBS yang mewakili kaum KDM dalam parti BN Sabah memang menyuarakan keperluan suku kaum yang diwakili dan atas sebab itu, Pemangku Presiden parti itu iaitu Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili membuat kenyataan bahawa parti itu akan senantiasa memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah.

Memang penyokong pembangkang khususnya daripada KDM, memperlekeh kenyataan Maximus itu kerana mereka berpendirian hanya melalui penentangan secara penuh seperti mana yang dilakukan PBS semasa memerintah maka hal itu dirasakan baru boleh dikatakan membela rakyat Sabah. Sebenarnya, kenyataan pembangkang daripada KDM yang memperlekeh perjuangan PBS agar parti itu kecewa dan kemudiannya menuruti keinginan para pembangkang itu seperti mana dilakukan pada tahun 1990 apabila parti itu terpengaruh dengan tindakan serupa sehingga sanggup menikam belakang rakan menjelang pembuangan undi.

Hakikatnya, pembangkang daripada kaum KDM itu cemburu dengan keupayaan parti PBS bersama parti BN Sabah kerana melalui perkongsian kuasa, kemajuan negeri dan rakyat senantiasa berjalan sesuai dengan perancangan kerajaan.

Kepada para pemimpin parti PBS dan penyokong, jangan terpengaruh dengan hujah-hujah suku kaum itu yang membangkang kerana tindakan mereka itu mahu menjuruskan parti itu ke era kegelapan dan kemunduran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook