Latest News

Monday 6 February 2017

Parti Warisan Sabah ANGKUH


DATUK Seri Shafie Apdal terbayangkan sokongan terhadap beliau semasa menjadi pemimpin UMNO dan melalui sokongan semasa beliau mewakili Parti UMNO dalam beberapa pilihan raya, maka beliau menjadi angkuh dan kononnya sokongan yang beliau pernah perolehi itu boleh diterjemahkan melalui Parti Warsian Sabah yang berlambangkan perahu layar ditubuhkan sebagai landasan untuk melawan Parti Barisan Nasional.

Sifat keangkuhan Shafie Apdal itu apabila beliau meremehkan parti pembangkang lain dengan kenyataan tidak akan mewujudkan pakatan dengan parti-parti itu kerana menurut beliau, bakal-bakal calon parti itu tidak boleh dipercayai dek kerana akan bertindak melompat apabila menang.

Melalui kenyataan MP Semporna itu, seolah-olah Parti Warisan Sabah merupakan parti yang boleh mendapat sokongan rakyat, sedangkan ianya belum teruji. Shafie mendahului keputusan rakyat, sedangkan tiada kamus yang boleh mengatakan bahawa sesebuah parti pasti mendapat sokongan rakyat.

Cuba bayangkan, Parti UMNO adalah parti yang sudah sinonim dengan kemerdekaan negara kerana tiada parti lagi yang pernah memerintah Malaysia selain UMNO, pun demikian, setiap pilihan raya parti itu mengerakkan segala tenaga dan jentera pilihan raya bagi menemui rakyat meminta sokongan. Inikan pula Parti Warisan Sabah yang baru ditubuhkan.

Shafie tidak boleh menyamakan kedudukan Parti Warisan Sabah dengan Parti PBS atau Parti Berjaya kerana parti-parti itu mempunyai sejarah sendiri semasa ditubuhkan. Sedangkan, Parti Warisan Sabah ditubuhkan kerana Shafie digantung daripada keahlian UMNO dan dipecat daripada jawatan menteri kerana membawa perjuangan peribadi berbanding perjuangan untuk rakyat.

Shafie membawa bersamanya kudis yang beliau ciptakan semasa menjadi KKLW, di mana peruntukan sebesar RM3.3 bilion untuk bekalan air luar bandar (BALB) tidak diurus dengan baik sehingga berlaku ketirisan ratusan juta ringgit dan sebahagian besar wang itu masuk poket ke pihak-pihak tertentu.

Selain itu, Shafie membawa bersamanya yang langsung tiada asas membela rakyat Sabah apabila beliau menubuhkan sendiri pejabat-pejabat KKLW di seluruh Sabah untuk mengurus dana kementerian beliau dan enggan sama sekali menyalurkan dana kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Seperkara lagi berkaitan rekod beliau sejak menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, beliau tidak turun padang kecuali hanya di kawasan beliau. Tindakan rutin beliau selama lebih 20 tahun hanya Semporna, transit ke Tawau, transit Kota Kinabalu dan terus ke Kuala Lumpur.

Tindakan beliau selepas menubuhkan parti menentang Parti Barisan Nasional yang pernah memberikan kedudukan tinggi menjelajah Sabah termasuk acara mengurut kaki rakyat adalah perbuatan janggal dan tindakan kepura-puraan atau hanya berlakon. Rakyat Sabah kena sedar, tindak-tanduk mantan Naib Presiden UMNO itu kerana perbuatan beliau yang hanya mendapatkan kedudukan dan kuasa yang pernah beliau kecapi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook