Latest News

Wednesday 15 February 2017

PEMBANGUNAN SESUATU KAWASAN: Maklum Balas Kenyataan Ketua Wira Warisan Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman Sengaja Memundurkan Semporna Demi Politiknya... Oleh FB Junz Wong (screenshot)
(ii) Musa Aman Sengaja Memundurkan Semporna Demi Politiknya... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(iii) Jika Musa Aman bertanya apakah sumbangan Shafie kepada negeri Sabah... Oleh FB allen tai (screenshot) (screenshot) (screenshot)
(v) Jika Musa Aman bertanya apakah sumbangan Shafie kepada negeri Sabah... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot) (screenshot) (screenshot)

ASAS utama kepada persempadanan pilihan raya adalah untuk memastikan setiap kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat itu dimajukan.

Fungsi ketua kerajaan hampir sama dengan wakil-wakil rakyat lain kerana ketua kerajaan atau Ketua Menteri merupakan juga wakil rakyat, di mana statusnya sama dengan wakil-wakil rakyat lain. 

Perbezaan antara Ketua Menteri dan wakil rakyat hanya kuasa mengagih-mengagihkan peruntukan khas jika ada untuk sesebuah kawasan. Manakala, peruntukan setiap kawasan yang disalurkan melalui kementerian-kementerian seluruhnya diluluskan melalui persidangan dewan.

Maju mundurnya sesuatu kawasan sangat bergantung kepada perancangan wakil rakyat yang mewakil kawasan itu bekerjasama dengan perancangan daerah yang diketuai oleh pegawai daerah.

Mekanisme pembangunan dan kemajuan sesuatu daerah bergantung sangat dengan perancangan peringkat daerah. Setiap perancangan peringkat daerah dimajukan atau dicadangkan kepada Economy Planning Unit (EPU) untuk dikaji dan jika didapati perancangan pembangunan itu sesuai dan perlu, maka akan dikemukakan kepada kerajaan negeri dan kemudiannya dikenal pasti kementerian mana yang perlukan melaksanakan program atau projek tersebut.

Di Malaysia dan khusus untuk Sabah, setiap Ahli Parlimen mempunyai peruntukan khas tahunan sebanyak RM2 juta. Demikian juga Ahli Dewan Undangan Negeri. Peruntukan khas ini bertujuan untuk pembangunan kawasan yang diwakili rakyat di mana kuasa penuh adalah ditangan wakil-wakil rakyat.

Dengan jumlah RM2 juta, maka setiap penggal kerajaan, setiap kawasan diperuntukkan RM10 juta di luar peruntukan kementerian-kementerian atau peruntukan khas atau peruntukan daripada agensi-agensi negeri mahupun persekutuan.

Peruntukan khas Parlimen atau DUN adalah untuk membina-bina projek-projek kecil termasuk jalan lorong kaki atau jambatan lorong kaki ke kawasan-kawasan penempatan atau rumah-rumah penduduk.

Menurut kajian, peruntukan RM10 juta selama 5 tahun adalah mencukupi untuk memastikan jalan-jalan lorong kaki atau jambatan lorong kaki atau keperluan rakyat yang mendesak dapat diselenggara atau dibina. Namun, jika terdapat di kawasan-kawasan tertentu adanya jalan lorong kaki atau jambatan lorong kaki dalam keadaan daif, ertinya peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat itu tidak digunakan untuk maksud itu. Oleh kerana peruntukan khas itu tidak digunakan untuk maksud itu, maka tidak pelik jika ada wakil rakyat sendiri menjadi korban termasuk jatuh ke dalam air selepas melintasi jambatan lorong kaki tersebut.

Berkaitan dengan kenyataan akhbar daripada Ketua Penerangan Wira Warisan Sabah, dengan memperinci kemajuan kawasan Semporna yang berjaya dibawa oleh MP Semporna dengan memperlekeh kemajuan kawasan-kawasan lain membawa makna, rupa-rupanya MP Semporna itu, tiada nawaitu membangun kawasan lain kerana telah menganaktirikan kawasan lain. Fikir!

Membandingkan kemampuan negeri berbanding dengan sesebuah kementerian persekutuan adalah perbandingan tidak adil. Sebabnya, kerajaan negeri hanya mempunyai bajet sedikit di bawah RM4 bilion setahun, sedangkan kementerian seperti KKLW yang pernah disandang MP Semporna itu mempunyai bajet lebih 5 kali ganda berbanding bajet negeri. Namanya juga Kementerian Kesejahteraan Luar Bandar dan Wilayah, ertinya, seluruh titik bengkek pembangunan luar bandar adalah tanggungjawab kementerian itu khususnya pembangunan infrastruktur keperluan asas rakyat. 

Oleh kerana individu yang diharapkan rakyat Sabah membawa kemajuan di kawasan luar bandar tidak menjalankan amanah, benarlah apa yang dinyatakan oleh Ketua Wira Warisan Sabah itu. Masih terdapat jalan berlumpur di merata tempat di Sabah kerana peruntukan yang disalurkan kerajaan melalui kuasa menteri tidak diberikan. Sebaliknya, digunakan untuk membina projek-projek gajah putih di Semporna sehinggakan perkara pokok tidak diutamakan seperti kebersihan pekan Semporna. Cuba fikir!

Kebersihan sesebuah Majlis Kerajaan Tempatan sangat bergantung kepada bajet atau kewangan. Oleh kerana Majlis Daerah Semporna tidak mempunyai cukup bajet, maka tindakan kebersihan 'Pekan Semporna' tidak dapat dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 

Jikalau Datuk Seri Shafie Apdal sebagai MP Semporna dan menteri KKLW pada masa itu yang mempunyai bajet berbilion menyalurkan sedikit kewangan kepada Majlis Daerah Semporna untuk tujuan kebersihan pekan, sudah tentu Pegawai Daerah tahu apa yang dilakukan.

Berkaitan dengan Jambatan ke Pulau Bum Bum, jika benarlah Shafie berhasrat membina jambatan itu melalui peruntukan kementerian beliau dan peruntukan yang digunakan tidak mengorbankan peruntukan infrastruktur bagi daerah atau kawasan-kawasan, kerajaan negeri mengalu-alukan tindakan itu, "kecil tapak tangan, padang bola ditadahkan". Namun, apa yang berlaku melalui pembinaan jambatan itu seakan mahu pula mengorbankan peruntukan untuk kawasan-kawasan. Bererti, tindakan itu adalah tidak adil bagi rakyat kawasan lain.

Sebenarnya, tiada pemimpin kerajaan yang tergamak membendung sebarang kemajuan kawasan-kawasan lain dalam semua aspek kecuali pengalaman kerajaan negeri berdepan dengan kementerian KKLW semasa disandang Shafie. Ini kerana setiap sen peruntukan persekutuan yang disalurkan ke kementerian itu untuk rakyat Sabah, tidak diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Sebaliknya, dikawal sepenuhnya oleh Shafie sehinggakan projek luar bandar seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan pembinaan jalan luar bandar tidak terlaksana. Sehinggakan, pihak SPRM terpaksa masuk campur dan berjaya membongkar ratusan juta ringgit dana KKLW diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kemusykilan yang disampaikan Datuk Seri Musa Aman, berasaskan kepada dana kerajaan persekutuan yang disalurkan melalui beberapa kementerian yang pernah disandang Shafie tidak menampak hasil di lapangan walaupun dalam rekod, ratusan juta dibelanjakan. Musa bertanya, ke mana wang itu?

Kini, selepas Shafie bukan lagi sebahagian daripada kerajaan, maka pemimpin negeri telah mengevaluasi pembangunan dan kemajuan di Semporna. Dan terbukti, rupanya pembangunan dan kemajuan di kawasan itu sungguh tertinggal walaupun menurut Ketua Wira Warisan Sabah itu telah dibinanya berbagai kemudahan belajar (pendidikan) seperti MRSM, KPTM, Kolej Komuniti dan Kolej RISDA tetapi kedudukan kolej-kolej itu semacam hidup segan mati tak mahu.

Menyentuh berkaitan pelancongan, sebenarnya baik kerajaan negeri atau persekutuan menyokong penuh setiap rancangan atau program pelancongan di Semporna. Untuk makluman Ketua Penerangan Wira Warisan Sabah itu, sektor pelancongan digerakkan sepenuhnya oleh pihak swasta. Kerajaan hanya merupakan pemudah cara termasuk menyediakan pasukan keselamatan. Bagi sektor pelancongan di Semporna khususnya Pulau Sipadan atau kawasan-kawasan lain, kerajaan negeri telah memastikan bahawa kawasan-kawasan destinasi pelancongan dikekalkan kesemulajadiannya atas kerana kuasa itu adalah ditangan kerajaan negeri. 

Jadi, cuba senaraikan, apa yang tidak dilakukan kerajaan negeri bagi maksud pelancongan di Semporna? Ya! Benar, ini soalan checkmate untuk maklum balas ini. Fikir-fikirkan!

Tuntasnya, Kenyataan Ketua Penerangan Wira Warisan Sabah itu hanya berbentuk penafian dan rekaan cerita tahap kedai kopi!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook