Latest News

Thursday 16 February 2017

Perjuangan Parti Warisan Sabah Hanya Retorik! RETORIK!!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BILA MANA PULA KERAJAAN MUSA AMAN TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN TERHADAP SABAH SEJAJAR MA63 DAN 20 PERKARA... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(ii) Every time a pru, calon2 party umno bn nervous if they lose... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) Ini buat minuman diet sy tekeluar dari mulut sy... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

Rakyat Sabah, jangan sama sekali tertipu atau terpengaruh dengan parti yang tidak teruji dan tiada rangkaian. Ini kerana sebagai parti yang tidak teruji, maka akan berlaku try and error sekali lagi dalam pemerintahan. Melalui cara ini, bukan sahaja masa akan habis buang masa, malah melibatkan kerugian dalam segi kewangan. Kita kini di tahun 2017 menuju gerbang era kemajuan! Tidak ada istilah menoleh ke belakang lagi!

Rakyat Sabah perlu mengambil iktibar apa yang berlaku selama 9 tahun sebelum 1994, di mana Sabah menjadi mundur, pembangunan terhenti dan ramai rakyat jatuh miskin sehinggakan Sabah menduduki negeri tercorot dalam negara.

Cuba bayangkan kadar kemiskinan Sabah pada tahun 2004 masih dua digit selepas 10 tahun kerajaan Parti Barisan Nasional Sabah berhempas pulas memajukan negeri. Ertinya, kadar kemiskinan sebelum itu lebih dari itu. Selepas 8 tahun bermula daripada tahun 2004, barulah pada tahun 2012 kadar kemiskinan Sabah menjadi satu digit dan itupun pada kadar 8.1 peratus jauh lebih tinggi berbanding kadar kemiskinan kebangsaan iaitu 1.7 peratus.

Kesilapan rakyat Sabah pada tahun 1985 apabila menukar kerajaan dan kerajaan yang memerintah pula merupakan terdiri daripada para pemimpin baru, tiada pengalaman dan tiada jaringan sehinggakan berlakulah try and error. Akibat kekurangan pengalaman itu, maka Sabah dan rakyatnya menjadi mangsa. Apakah rakyat Sabah ingin kembali ke zaman itu? Melalui parti pembangkang yang cuba merampas kuasa yang berintikan dendam semata?! Fikir-fikirkan!

Dalam Parti Warisan Sabah, hanya ada Datuk Seri Shafie Apdal yang pernah berkhidmat dengan parti Barisan Nasional. Itupun beliau meninggalkan banyak kudis. Skandal dana KKLW bagi projek infrastrukur Sabah yang bernilai RM3.3bilion tidak sampai kepada rakyat kerana tindakan beliau tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi pelaksanaan projek-projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan di Sabah. Sebaliknya, dikendalikan sendiri oleh kementerian beliau sehinggakan berlakunya ketirisan kewangan luar biasa besarnya. Akibatnya, bukan sahaja kerajaan dirugikan akan tetapi rakyat yang sepatutnya mendapat kemudahan telah dinafikan.

Jika rakyat Sabah mengikuti ucapan-ucapan Shafie sejak beliau menubuhkan parti, kebanyakannya hanya berupa retorik dan janji bulan bintang. Sebagai contoh, kenyataan beliau berkaitan tanah Felda Sabah, kononnya jika parti Warisan memerintah Sabah, maka tanah-tanah yang diusahakan Felda itu akan diambil semula dan akan diusahakan oleh syarikat milik kerajaan negeri. Persoalannya, mudahkah dari segi pelaksanaannya? Kerana syarikat yang bakal mengambil alih itu perlu kukuh kewangan selain perlu membayar ganti rugi kepada Felda, di mana jumlahnya boleh mencapai bilion ringgit. Kenyataan Shafie itu adalah contoh try and error kerana syarikat (NewCo) yang bakal mengambil alih itu bukan sahaja tidak ada pengalaman dan juga tiada kekuatan kewangan. Kalau kewangan bersumberkan pinjaman, maka sejauh mana syarikat itu boleh bertahan atas kerana pertanian memerlukan masa yang panjang untuk kembali modal. Wang yang bersumber pinjaman perlu dibayar tepat waktu dan jika tiada penghasilan, nampak gayanya, syarikat demikian akan berdepan dengan beban kewangan yang akhirnya pinjaman itu akan jatuh Non Performing Loan (NPL). Tuntasnya, syarikat kehilangan daya maju dan kemudiannya gulung tikar!

Tetapi apa yang sungguh pelik, semasa Shafie menteri KKLW yang bertanggungjawab terhadap RISDA dan Felcra tidakpun menyalurkan sebarang kewangan kepada agensi kerajaan negeri yang bergerak seperti Felda dan SLDB. Maknanya, kenyataan Shafie itu hanya bertujuan politik kerana hakikatnya beliau tiada niat memajukan negeri Sabah! Di sinilah timbul kemusykilan akan kemungkinan besar ada niat tersirat berkaitan pengambilan tanah yang diusahakan Felda. Ini kerana melalui pengambilan itu, maka adanya new deal. Melalui rundingan baru itu nanti, maka pasti akan berlaku kong kali kong baru dan jelas ianya bermatlamat peribadi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook