Latest News

Wednesday 8 February 2017

Persekutuan RAMPAS MINYAK SABAH Menggunakan Kuasa Darurat Tahun 1969?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tetapi di rampas oleh Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa Darurat pada tahun 1969.. .Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

PENGGUNA facebook itu hanya berhujah sangat dangkal dan menganggap orang lain juga bodoh seperti dia. Hujahnya, sama seperti batu adalah makanan utama rakyat bukannya nasi. Mereka yang percaya bahawa batu merupakan makanan ruji rakyat, maka akan percaya seperti mana dakwaan pengguna facebook itu.

Sabah merupakan salah 'satu wilayah' Persekutuan Malaysia. Bagaimana negara merampas wilayahnya? Atau bagaimana seorang bapa menjadikan anaknya sebagai orang rampasan?

Minyak dan gas Sabah diteroka oleh syarikat negara iaitu Petronas. Petronas bekerjasama dengan pemodal melalui sistem bahagi hasil. Keuntungan yang diperolehi Petronas akan dibahagi sama rata antara syarikat itu, negara dan kawasan di mana minyak itu digali. Jikapun Sabah beroperasi sendiri telaga minyak, maka perlu bekerjasama dengan syarikat pemodal kerana cari gali minyak merupakan industri padat modal.

Kawasan Sabah di mana minyak digali sampai hari kiamatpun merupakan 'wilayah Sabah'. Jadi, siapa sebenarnya merampas? Hujah pengguna facebook itu hanya menggoogle maklumat sedang dia sendiri tidak faham maklumat itu. Dia seperti orang buta, "ular dikatakan belalai gajah".

AFS terpaksa mengulas dakwaan pengguna facebook itu kerana ianya menjadi maklumat di alam maya. Apabila tiada penjelasan mengenainya, maka pihak lain akan dinafikan dengan cerita yang sahih dan benar. Sebenarnya, pengguna facebook itu adalah sebahagian daripada sampah di dalam alam maya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook