Latest News

Thursday 16 February 2017

Rakyat Sabah Perlu Pertahan KERAJAAN BARISAN NASIONAL!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) No Mr. Musa Aman. We do not want this current corrupt government... Oleh FB Jo nandu (screenshot)
(ii) Musa bilang jangan tukar kerajaan negeri... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)
(iii) Tidak perlu panjang lebar tulis perbandingan kelemahan Musa... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)
(iv) Say NO to Continuity of these... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

MENGAPA rakyat Sabah perlu mempertahankan kerajaan Barisan Nasional? Sebabnya, sebagai kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 telah mengambil iktibar bahawa kemunduran kemiskinan Sabah kerana kerapnya bertukar kerajaan.

Kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 memerlukan masa 9 tahun untuk memulih keadaan Sabah baik daripada segi kewangan, pemerintahan mahupun pembangunan. Selama lebih 20 tahun, Kerajaan terkial-kial membina prasarana asas untuk keperluan rakyat itupun belum sepenuhnya selesai dek kerana dana yang sepatutnya tidak sampai ke sasaran sebaliknya masuk ke poket pihak-pihak tertentu.

Kerajaan Parti Barisan Nasional (BN) Sabah, sebenarnya sudah berada di landasan betul ibaratkan sebuah kapal terbang yang mahu lepas landas dan sudah berada di landasan. Justeru, pada tahun 2025 apabila Halatuju Pembangunan Dan Kemajuan Negeri Sabah (Halatuju) terealisasi, maka Sabah menjadi negeri maju!

Ketinggalannya Sabah lepas landas menjadi negeri maju berbanding negeri-negeri di Semenanjung akibat ketakstabilan politik sehingga berlaku pergantian kerajaan.

Parti pembangkang yang ada kononnya mahu menggantikan Parti Barisan Nasional merupakan ahli-ahli politik gila kuasa khususnya Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan atau PAWAS) kerana selama 20 tahun menjadi sebahagian daripada kerajaan Parti Barisan Nasional, tidakpun tercetus di minda beliau untuk membangun Sabah tetapi hanya untuk bertindak untuk kepentingan peribadi. Atas sebab itu, semasa beliau menerajui beberapa Kementerian Persekutuan khususnya KKLW, beliau menghalang sebarang saluran kewangan kepada kerajaan negeri. Sebaliknya, dana kerajaan Persekutuan beliau gunakan seperti wang peribadi. Oleh yang demikian, seluruh projek yang dibiayai persekutuan melalui KKLW dilaksanakan oleh proksi-proksi atau macai-macai beliau bertujuan utamanya agar sebanyak mungkin dana itu disunat untuk memperkaya diri sendiri.

Kini, selepas beliau bukan lagi sebahagian daripada kerajaan, kerajaan negeri mahupun persekutuan telah mengevaluasi kemajuan atau pembangunan yang dibiayai persekutuan melalui KKLW. Rupa-rupanya, di atas kertas berbilion ringgit telah habis dibelanjakan, namun kesan di lapangan sungguh memprihatinkan. Nampak gayanya, bukan sahaja rakyat tertipu malah kerajaan juga tertipu!

Kepada rakyat Sabah yang masih rasional, jangan sama sekali tertipu dengan propaganda parti-parti pembangkang khsususnya parti PAWAS Datuk Seri Shafie Apdal kerana parti itu membawa misi menjahanamkan aktiviti ekonomi Sabah, harta Sabah dan mahu membawa Sabah mundur kembali seperti mana berlaku pada tahun 1985. Peristiwa itu berlaku apabila rakyat Sabah menolak Parti Berjaya hanya kerana dendam sewaktu kemajuan yang dibawa kerajaan Parti Berjaya habis musnah, malah Sabah secara teknikal sudah muflis sehinggakan membayar gaji kakitangan kerajaanpun berpunca daripada wang pinjaman.

Kini, Sabah bukan sahaja dapat berdikari dari segi kewangan, malah simpanan tetap negeri berjumlah RM3.5 bilion.

Pengurusan kewangan negeri bukan sahaja mendapat lima bintang daripada Ketua Audit Negara akan tetapi juga mendapat penarafan tertinggi triple A (AAA) daripada agensi kewangan antarabangsa.

Pembangunan Sabah dalam semua sektor berkembang maju kerana terdapat pengurusan yang baik yang diterajui YAB Datuk Seri Musa Haji Aman. Musa sebenarnya, bukan ahli politik kerana beliau adalah seorang yang berlatarkan bidang perniagaan dan menerapkan pengalaman itu kepada kemajuan dan pembangunan negeri. Dengan sentuhannya, sehingga kini pembangunan dan kemajuan cukup rancak di negeri ini kerana matlamat utama Musa adalah 'pencapaian' bukan bahasa politik atau bukan janji politik, yakni tidak seperti tindakan para pemimpin pembangkang yang hanya bercakap politik sehinggakan rakyat dikelirukan dengan menjanjikan bulan bintang.

Kalau sekiranya Shafie ikhlas dalam membela dan memajukan rakyat, maka beliau tidak akan sampai jatuh dari jambatan di kawasan beliau sendiri. Tuhan Maha Adil, pemimpin yang tidak amanah perlu diperlihatkan ketidakamanahan itu kepada rakyat. Renungkanlah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook