Latest News

Wednesday 1 February 2017

Shafie Apdal Dan Mikrofon


RAKYAT Sabah dapat melihat bagaimana hebatnya Datuk Seri Shafie Apdal bermain mikrofon sejak tidak berjawatan dan kini menjadi Presiden sebuah parti yang mahu menumbangkan parti yang pernah memberikan beliau kedudukan, nama, harta dan penghormatan.

Bersandiwara di belakang mikrofon bagi menarik pendengar dan seterusnya mempengaruhi mereka merupakan satu kerjaya seorang penghibur. Sedap di dengar, menghiburkan namun kesannya hanya sementara kerana yang terhibur hanyalah organ telinga sahaja.

Sungguh melucukan apabila salah satu bunyi hiburan itu mempersoalkan tanah-tanah komersial Felda di Sabah dan kemudiannya akan mengambil alih semua kawasan itu daripada Felda jika parti yang beliau pimpin membentuk Kerajaan Negeri Sabah.

Apa yang terlupa oleh Presiden Parti Warisan Sabah itu bahawa Felda Sabah telah beroperasi sejak tahun 1979, di mana beliau merupakan penyokong kuat kepada operasi itu sehinggalah ke tahun 2015. Bayangkan tempoh masa 36 tahun beliau menyokong operasi Felda di Sabah, namun apabila beliau menjadi pembangkang, bunyi suaranya sudah bertukar.

Jika benarlah operasi Felda di Sabah tidak bermanfaat untuk Sabah, mengapa beliau menyokong dan tidak satu titikpun suara membantah sehingga 2015? Fikir-fikirkan!

Pada tahun 2005, apabila Kerajaan Negeri Sabah pimpinan YAB Datuk Seri Musa Haji Aman menubuhkan POIC (Palm Oil Industrial Cluster) untuk mencipta nilai tambah (value added) terhadap 1.5 juta hektar ladang kelapa sawit di  Sabah termasuk kawasan Felda (122 ribu hektar), tiada suara sumbangpun daripada MP Semporna itu. Selama 10 tahun kewujudan POIC tidak ada suara negatif atau membantah yang terkeluar daripada mantan menteri KKLW itu.

Jika benarlah bahawa kehadiran Felda di Sabah merugikan rakyat dan negeri Sabah, mengapa beliau tidak pernah berbisik kepada Dato' Seri Najib Razak? Sedangkan, beliau masa itu terlalu rapat dengan Perdana Menteri keenam itu sehinggakan mendapat jolokan “the blue boy of Najib”.

Baiklah, kerana Felda di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2004 dan demi menghormati Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengapa selepas itu beliau tidak membisikkan perkara itu kepada Dato' Seri Najib Razak apabila telah menjawat Perdana Menteri?

Mengapa Shafie Apdal mengambil masa lebih 36 tahun untuk membantah kehadiran Felda di Sabah? Apa muslihat di sebalik bantahan itu atau tindakan mengambil alih kawasan Felda? Kalau kawasan Felda diambil alih, bagaimana pula kawasan-kawasan yang dimiliki syarikat swasta di Sabah di mana keluasannya jauh lebih besar berbanding yang dimiliki Felda? Fikirkan! 

Satu perkara yang terlintas difikiran AFS adalah selepas mengambil alih kawasan Felda, maka akan ditubuhkan NewCo dan melalui NewCo, maka ada new deal!!. Sedangkan, untuk ladang swasta diambilalihpun tidak mendatangkan apa-apa kepentingan untuk peribadi. Atas sebab itulah, Presiden Parti Warisan Sabah itu lebih fokus kepada tanah Felda Sabah sahaja. Nampakkan, permainan itu? Oleh sebab itu, kepada rakyat Sabah, jangan sampai ada yang terjebak dengan permainan mikrofon Shafie itu.

Sekadar renungan bersama!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook