Latest News

Wednesday 1 February 2017

SHAFIE SEBENARNYA MENENTANG Penurunan Kuasa Persekutuan Kepada Sabah


SALAH seorang Pemimpin Sabah terawal  mempersoalkan pendekatan Datuk Shafie Apdal melalui Parti Warisan Sabah iaitu slogan 'Sabah For Sabahan' dan 'Sabah Ubah' adalah Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Tawfiq mengimbau kembali semasa MP Semporna itu masih merupakan pemimpin UMNO dan Menteri Persekutuan khususnya semasa menjawat menteri KKLW.

Semasa menjadi pemimpin UMNO mahupun menteri, tiada sepatah perkataanpun terkeluar daripada mulut MP Semporna itu berhubung dengan slogan 'Sabah for Sabahan' apatah lagi 'Sabah Ubah'. Malah, menentang slogan itu dipraktikkan secara langsung apabila beliau menjawat menteri KKLW yang mana, selain tidak menyalurkan dana secara langsung kepada kerajaan Sabah juga menubuhkan pejabat-pejabat KKLW di semua daerah bagi melaksanakan sebarang projek bagi pihak KKLW. Melalui tindakan itu membawa erti bahawa beliau langsung tidak bersetuju berkaitan penurunan kuasa yang diperjuangkan oleh para pemimpin Kerajaan Negeri Sabah khususnya Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman.

Bayangkan sejak tahun 1994, apabila Parti Barisan Nasional menubuhkan kerajaan di mana Shafie merupakan salah seorang pemimpin malah dilantik sebagai Timbalan Menteri dan kemudiannya menteri KKLW, tidak adapun tindakan atau suara yang menggambarkan keinginan 'Sabah for Sabahan'. Malah, tindakan beliau lebih kepada pengurangan kuasa bagi Sabah dan atas sebab itulah, dana persekutuan yang disalurkan melalui kementerian yang beliau sandang, beliau kawal dan tidak memberi peluang kepada anak watan Sabah yang menerajui Kerajaan Negeri Sabah untuk mengurus dana daripada Persekutuan.

Mengapa selepas bukan lagi menjadi pemimpin UMNO dan kini menubuhkan parti untuk menumbangkan parti yang memberikan beliau nama, kedudukan dan kekayaan, tiba-tiba mucul perjuangan beliau 'Sabah for Sabaahan' dan 'Sabah Ubah'? Apakah beliau hanya mahu jaguh mikrofon? Atau jaguh penghibur? Kerana apa yang didendangkannya hanyalah sedap di dengar telinga! Sedangkan, secara praktikalnya beliau tidak pernah lakukan.

Bagaimana Shafie boleh dihandalkan sebagai jaguh Sabah for Sabahan? Sedangkan, lebih 21 tahun bersama parti UMNO dan Kerajaan Negeri Sabah, tidak sekelumitpun suara seumpama itu terkeluar daripada mulut beliau malah tindakan beliau keseluruhannya menggambarkan bukan ke arah itu!

Apakah hanya kerana menjadi pembangkang sifat semulajadi beliau telah berubah? Yakinlah, secara biologi, sifat atau perilaku seseorang itu tidak akan berubah! Tetapi, jika ianya kelihatan berubah itu semua hanya lakonan/sandiwara dan sebarang kenyataan atau hujah hanyalah bersifat retorik dan hanya bersifat janji bulan bintang. Fikir-Fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook