Latest News

Tuesday 21 February 2017

SOKONGAN PADU KEPADA KETUA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat Sabah mesti bersatu sokong PM, Ketua Menteri... Oley FB Jaymie Jaime (screenshot)

IBARAT perjalanan sebuah kereta api, di mana kepala bergerak di situlah jua gerbak perlu mengiringi! Jika tidak, muatan dalam gerabak tidak akan sampai ke destinasi yang ditujui.

Sebagai pemimpin Sabah yang banyak pengalaman, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak perlu mengingatkan semula rakyat bahawa sokongan kepada ketua tersangat mustahak dan perlu bagi menjamin kelangsungan kemajuan sesebuah negara atau negeri. Ini kerana melalui sokongan itu, maka setiap polisi kerajaan dapat disalurkan kepada golongan sasar atas kerana pemikiran sang ketua selari dengan rakan-rakan sepasukan. Di samping itu juga, rakyat majoriti menyokongnya tanpa halangan ibarat kata pepatah, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

Kenyataan Salleh di Kota Belud pada 13 Februari lalu adalah sempena lawatan kerja Ketua Menteri Sabah, bukan bersifat peribadi dan jauh sekali daripada sifat mengampuh! Kenyataan itu merupakan satu kenyataan yang real daripada seorang pemimpin yang mahukan kemajuan dan kestabilan politik demi rakyat. Hal ini kerana hanya melalui sokongan kepada ketua sahaja derap pembangunan dan kestabilan politik terus berlangsung tanpa gangguan!

Pasukan yang kuat apabila sang ketua mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan sepasukan. Demikian juga sokongan daripada penonton atau rakyat. Tanpa sokongan kepada ketua akan membawa rebah atau musang berbulu ayam akan setiap perancangan membantu rakyat bukan sahaja terbengkalai tetapi langsung tidak terlaksana dan akhirnya rakyat sebagai sasaran, di mana tidak mendapat apa yang seharusnya mereka dapat.

Di mata pembangkang, dek kerana tujuan perang psikologi songsang menghala kepada setiap pemimpin Parti Barisan Nasional yang menyokong ketua. Dalam hal ini adalah Ketua Menteri jika dalam negeri dan Perdana Menteri di peringkat negara pasti akan dicemuh sebagai mengampu dan angkat kaki. Tujuannya, agar para pemimpin BN bertelagah sendiri dan jika itu berlaku, maka pasukan akan menjadi lemah.

Yakinlah, sesiapa sahaja yang mendakwa bahawa pemimpin tertentu BN apabila menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan merupakan tindakan mengampu dan angkat kaki, sebenarnya tindakan itu adalah usaha melemahkan hubungan akrab sesama pemimpin dalam parti BN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook