Latest News

Tuesday 21 February 2017

TERIMA KASIH Kerana Dedah Suasana Perkampungan Daif Sabah! Salah Siapa Juga???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perkampungan serba daif di Kg Batu Layar... Oleh FB Jj sipin padua jr (screenshot)

AKHIRNYA, Datuk Seri Shafie Apdal dan kawan-kawannya dalam Parti Warisan Sabah menyaksikan sendiri bahawa peranan beliau semasa menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) semuanya hanyut ke laut. Kalaulah semasa masih menteri dahulu beliau meluluskan permintaan kerajaan negeri yang dikemukan oleh wakil rakyat Banggi iaitu Datuk Mijul Unaini bagi menaik taraf jalan, bekalan air, elektrik serta rumah-rumah penduduk, keadaan kampung daif seperti mana hujah Setiausaha Agung parti pimpinan Shafie di laman facebook itu tidak akan menjadi bahan kempen untuk memburukkan kerajaan Parti Barisan Nasional (BN) Sabah.

Permintaan kerajaan negeri untuk menaikkan taraf perkampungan di DUN Banggi sudah lama dikemukakan kepada Shafie seawal tahun 2010. Namun, kementerian beliau hanya meluluskan pemberian tangki biru untuk menampung air hujan sahaja. Loretto S Padua Jr, Setiausaha Agung Warisan itu seharusnya menyemak sumber tangki biru sebelum membuat kenyataan menyindir.

Memang kerajaan negeri ada kementerian luar bandar (Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah) sendiri namun kementerian itu tidak mempunyai cukup bajet untuk menaik taraf infrastruktur yang diperlukan bagi kampung-kampung seumpama ini. Atas sebab itu, kerajaan negeri meminta peruntukan daripada persekutuan dan peruntukan seumpama itu disalurkan melalui KKLW. Asas kepada pelantikan Shafie ke jawatan itu kerana Perdana Menteri tahu banyaknya perkampungan daif seumpama itu di Sabah. Shafie sebagai anak watan Sabah dalam pemikiran Perdana Menteri, sudah tentu membela nasib penduduk di kampung-kampung tersebut. Namun, apa yang berlaku Shafie tidak melaksanakan amanah yang akhirnya Tuhan Maha Adil akan beliau sendiri menyaksikan situasi kampung yang sepatutnya beliau bangunkan.

Bergambar dengan penduduk daif seharusnya Shafie merasa malu kerana menunjukkan penduduk daif itu seolah-olah Parti Barisan Nasional tidak membela! Sebenarnya, ia terkena batang hidung beliau sendiri bahawa semasa beliau diberi tanggungjawab, beliau gagal melaksanakan tanggungjawanb itu. 

Nota: Shafie hanya dipecat daripada Menteri KKLW pada Julai 2015
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook