Latest News

Tuesday 14 March 2017

ADAKAH Jabatan Kastam Bakal Dikorporatkan Merugikan???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kastam selaku agensi pemungut cukai negara bakal di swastakan... Oleh FB Mohd Azis Bin Hj  Jamman (screenshot)

PERKARA utama apabila sesebuah jabatan kerajaan diswastakan atau dikorporatkan adalah untuk mengurangkan tanggungan kerajaan khususnya berkaitan gaji atau kemudahan-kemudahan lain termasuk insuran, kos kesihatan, kos percutian, kos kenderaan, kos pejabat dan sebagainya serta kos persaraan. 

Melihat komen Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Mohd Aziz Jamman, kononnya melalui pengkorporatan Jabatan  Kastam maka ada pihak yang akan membuat duit. Ini adalah satu dakwaan membuta tuli dan tercermin benar bahawa dia langsung tidak mengetahui apa itu penswastaan atau pengkorporatan.  Sebaiknya, jika tidak tahu, janganlah memberi komen kerana akan terdedah kebodohan sendiri.

Melalui penswastaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dari segi ekonomi memang menguntungkan negara kerana perjalanan agensi itu akan menjadi lebih efisien atas kerana dijalankan secara korporat. Perjalanan korporat bergantung sangat pada pencapaian dan keuntungan dan tidak sama apabila jabatan itu berada dalam pengurusan kerajaan. Hal ini kerana apabila dalam pengurusan kerajaan, ianya lebih bercorak kepada perkhidmatan dan bukan berorentasi kepada keuntungan.

Sebenarnya, agak terlambat kerajaan membuat cadangan pengkorporatan Jabatan Kastam. Seharusnya, jabatan itu sudah lama dikorporatkan seperti mana agensi-agensi perkhidmatan lain di negara ini yang telah dikorporatkan.

Bagaimanakah saudara Aziz membuat dakwaan bahawa melalui pengkorporatan Jabatan Kastam, maka ada pihak yang membuat duit? Sedangkan, proses pengkorporatan itu bertujuan mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan! 

Melalui pengkorporatan Jabatan Kastam, maka pungutan cukai akan lebih teratur dan cekap kerana apabila jabatan itu telah menjadi syarikat, ianya bukan bersifat agensi perkhidmatan. Akan tetapi, syarikat yang berorentasi kepada keuntungan. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat itu mampu apabila boleh mencapai sebanyak mungkin keuntungan. 

Ini bermakna kutipan cukai akan dijalankan semaksima mungkin dan seoptimum mungkin sehingga tiada lagi yang terlepas daripada tidak membayar cukai. Lagipun, penambahan tenaga kerja/penguatkuasa ditentukan sendiri oleh syarikat dan tidak bergantung lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Dengan kata lain, melalui pengkorporatan, selain dapat mengurangkan beban kewangan negara juga melaluinya dapat membuka peluang-peluang pekerjaan baru.

Melalui pengkorportan Jabatan Kastam, kerajaan dapat mengenal pasti dari awal-awal lagi jumlah cukai yang bakal diperolehi. Ini kerana sesebuah syarikat akan senantiasa menyediakan “turnover” setiap  tahun dan sudah tentunya jumlah cukai yang bakal dibayar kepada kerajaan.

Adalah langkah tepat jika jabatan-jabatan kerajaan yang bersifat penguatkuasa diswastakan kerana ianya lebih berdaya maju malah lebih ekonomi. Pada masa akan datang, penguatkuasa kerajaan tempatan juga perlu diswastakan demi meningkatkan perkhidmatan para pengguna.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook