Latest News

Saturday 11 March 2017

APA Beza Pengundi Bandar & Luar Bandar??


KECENDERUNGAN ketara antara pengundi bandar dan luar bandar dapat dilihat melalui ekonomi. Apabila ekonomi buruk, maka pengundi luar bandar mengundi parti kerajaan, manakala pengundi bandar pula mengundi parti pembangkang.

Manakala apabila ekonomi baik, pengundi bandar dan luar bandar akan sama-sama mengundi parti kerajaan. Keadaan inilah pengalaman politik Malaysia.

Untuk mengenal pasti kecenderungan pengundi pada PRU-14, maka seharusnya kerajaan dapat meneka kencederungan itu.

Memang pada masa ini, banyak keluhan daripada rakyat berkaitan dengan kenaikan harga barang sehingga mempengaruhi kos sara hidup. Harga barangan yang meningkat menyebabkan sara hidup semakin mahal atau tinggi.

Ada rakyat yang menyalahkan punca kenaikan barangan disebabkan oleh GST walaupun GST yang menggantikan SST adalah lebih rendah, 6% banding 15%.

Ada yang juga yang menyalahkan kenaikan barangan berpunca daripada rasionalisasi subsidi minyak petrol dan diesel. Namun, jika dilihat pada mata kasar, tiada korelasi yang jelas antara harga minyak petrol dan diesel dengan harga barang. Ini kerana apabila harga petrol dan diesel turun, harga barangan tidak ikut turun malah terus menaik dan menaik! 

Ada juga yang menyalahkan bahawa kenaikan harga barangan kerana penyusutan nilai ringgit terhadap dollar Amerika. Akan tetapi, bukti di lapangan barangan yang harga naik itu adalah barangan 100% keluaran dalam negara dan tiada kaitan langsung dengan dollar Amerika.

Teori politik yang diguna pakai oleh para kingmaker politik dalam negara adalah melalui sabotaj ekonomi iaitu tidak membiarkan kaum Cina/peniaga buat duit kerana apabila kaum itu tidak dapat buat duit, maka boleh dipastikan akan mengundi pembangkang. Demikian juga pada rakyat lain, diciptakan agar pendapatan senatiasa tidak cukup supaya akan bergantung kepada bantuan kerajaan.

Oleh kerana di Malaysia selepas lebih setengah abad, ramailah juga kaum bukan Cina mempunyai pemikiran seperti kaum Cina. Hal ini kerana mereka itu sudah menjadikan perniagaan sebagai bentuk sara hidup. Maka, melalui pendekatan tidak membuat peniaga buat duit, maka mereka mengharapkan rakyat daripada kumpulan itu tidak memilih kerajaan.

Keadaan inilah yang sebenarnya yang berlaku sekarang, di mana ramai yang mewar-warkan berkaitan kenaikan sara hidup, susahnya berniaga dan berbagai kesengsaraan hidup diciptakan.

Sebagai follow-up kepada keadaan itu, maka wakil-wakil mereka akan masuk kampung keluar kampung dan memberitahu rakyat bahawa inilah kepincangan kerajaan. Tetapi, hakikatnya keadaan ini adalah ciptaan para “kingmaker” atau “political animal” dalam politik.

Para “kingmaker” politik itu mengapikan-apikan pihak-pihak tertentu dalam dunia perniagaan khususnya yang berkaitan projek kerajaan yang mendapat pembiayaan daripada luar seperti projek RAPID ataun ECRL atau projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura yang menghubungkan Singapura. Juga, mereka mengapi-apikan penduduk kampung apa faedahnya projek Lebuhraya Pan Borneo! Sebabnya, yang dapat manfaat hanya kontraktor dan bukannya rakyat. Mereka tidak mahu memberitahu rakyat bahawa manfaat jangka panjang projek itu.

Bayangkan jika projek seperti penyediaan bekalan elektrik dan perhubungan tidak dilaksanakan di luar bandar seperti mana berlaku awal tahun 90-an di Sabah, bukankah Sabah terjerumus kepada negeri mundur malah hampir 30 peratus rakyat dalam keadaan di bawah garis kemiskinan?

Infrastruktur seperti bekalan elektrik, jalan raya perhubungan atau bekalan air bersih merupakan kemudahan asas rakyat yang boleh menjadi katalis kepada kemajuan.

Mereka yang masuk dan keluar kampung itu menyembunyikan kepada rakyat bahawa setiap projek kerajaan itu dapat mencipta berbagai peluang khususnya peluang ekonomi dan peluang pekerjaan.

Mereka yang keluar masuk kampung cuba memesongkan rakyat luar bandar dengan berbagai isu dan dakwaan. Tujuannya, agar menolak kerajaan yang memerintah kerana mereka tahu bahawa sejak pilihan raya pertama negara ini, pengundi luar bandarlah yang menjamin kerajaan parti Barisan Nasional terus berkuasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook