Latest News

Wednesday 1 March 2017

APA DIA MEREPEK NI? Kata-Kata Budak Gila...

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Najib Razak, Musa Aman dan UMNO-BN Sabah sudah sediakan duit pilihan raya beberapa kontena... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

NAMANYA juga budak gila. Daun kayu yang jatuh dikatakan wang. Titisan hujan yang jatuh dikatakan permata. Budak gila ini berfikir bahawa dia adalah seekor gajah, sedangkan hanya seekor semut bangkai.

Kalau mahu bertanding dalam pilihan raya bertanding sajalah! Kemukakan kepada pengundi, mengapa pengundi perlu mengundi anda. 

Dengan mengatakan kepada pengundi, "kamu jangan undi Musa Aman atau calon parti BN kononnya kerana merompak wang rakyat, AFS percaya pasti pengundi-pengundi akan hambat kamu bukan dengan kayu tetapi dengan sebilah parang! Sebabnya, rakyat sedia maklum dan tahu Datuk Seri Musa Aman atau parti BN tidak pernah merompak wang rakyat! Malah, kerajaan memberikan wang kepada rakyat dengan berbagai bantuan termasuk BR1M, bantuan awal persekolahan, membina kemudahan untuk rakyat dan juga memberi tanah kepada rakyat. Masih buta lagi?

Maka, mereka ibu bapa yang ada anak sekolah diberikan uniform sekolah, diberikan susu percuma terutamanya di pedalaman dan diberikan makanan tambahan. Bagi nelayan pula diberikan elaun nelayan. Penoreh turut diberikan bantuan dan juga petani padi diberikan berbagai subsidi seperti subsidi membajak, benih, baja dan racun. Bukan ini sahaja, banyak lagi!

Bagi keperluan ibadat pula dibinakan surau-surau atau masjid. Bagi keperluan kesihatan dibina klinik-klinik kesihatan. Justeru, keperluan perkhidmatan kerajaan juga turut dibina seperti UTC atau RTC serta banyak lagi.

Kata-kata budak gila itu, kononnya Perdana Menteri, Musa atau kerajaan BN merompak wang rakyat hanya kenyataan daripada seorang yang gila! Usah layan! 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook