Latest News

Monday 20 March 2017

Benarkah Datuk Seri Musa Aman Boneka Malaya???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Najib prevented Musa Aman being investigated by MACC in the Sabah... Oleh FB Page The Voice OF Borneo (screenshot)
(ii) Musa itu hanya boneka malaya... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

HANYA mereka yang cetek akal sahaja boleh mendakwa bahawa Datuk Seri Musa Aman adalah boneka Malaya! Tahukah anda? Bahawa setiap pemimpin Sabah mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan dan pengurusan Sabah.  Tiada kuasa-kuasa lain boleh mengambil kuasa Kerajaan negeri Sabah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. 

Malah kalau dilihat betul-betul apa yang dilakukan para pemimpin Sabah cukup membuktikan negeri Sabah bukan boneka siapa-siapa. Sebenarnya anggapan siapa boneka sebenarnya berlaku sebalikya.
Sedarkah pengguna facebook itu! Bagaimana kerapnya pemimpin pusat melawat Sabah!!! termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri!!!

Jika memang otak pembangkang janganlah memutar belit fakta sebenar dan bercakap benarlah! 

Kenyataan pengguna facebook itu hanya untuk menyenangkan hati penyokong pembangkang kerana kenyataan seumpama itu tidak tidak akan dapat mempengaruhi suara majoriti. Suara majoriti, hanya melihat dakwaan itu sebagai dakwaan bodoh dan mereka yang membuat dakwaan itu meletakan akal di lutut.

Rupanya pengguna facebook itu tidak mengetahui bagaimana resam berorganisasi. Mungkin mengurus diri sendiri pun tidak pandai.  Kalau tidak faham berkaitan organisasi maka AFS perlu memberi gambaran sendikit berkaitan sesebuah organisasi. 

Dalam sistem demokrasi maka perlu ada parti perlu mengadakan pilihan raya kerana sistem di Malaysia hanya melalui pilihan raya sahaja sesebuah kerajaan boleh ditubuhkan atau dibentuk. 

Di Sabah, kerajaan yang memerintah ditunjangi Parti UMNO. Datuk Seri Musa Aman adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan Dato Seri Najib Razak adalah Presiden UMNO. 

Masing-masing pemimpin mempunyai peranan masing-masing, dan tidak timbul istilah boneka. Masing-masing pemimpin saling melengkapi antara satu sama lain dan tiada istilah hubungan bos dan kuli. 

Setiap ahli dan penyokong parti memahami hubungan antara pemimpin lainlah  dengan pengguna facebook itu. Oleh kerana, penyokong dan ahli pembangkang maka tidak mengetahui dan pura-pura tidak tahu bagaimana hubungan antara para pemimpin BN atau UMNO atas sebab membuta tuli membuat dakwaan bahawa Datuk Seri Musa Aman adalah BONEKA Malaya. Penghujahan anda tiada nilai bagi ahli dan penyokong UMNO atau BN!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook