Latest News

Tuesday 14 March 2017

BENARKAH Sabah Di'diskriminasi'? MESTI BACA!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) If Federal government does not discriminate Sabah... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) Tiada Diskriminasi... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(iii) Sabah Tak Pernah Dianaktirikan Kerajaan Pusat... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(v) Tembirang tidak pernah habis... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

ISTILAH Sabah didiskriminasi memang berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) khususnya semasa Sabah diperintah parti PBS bermula daripada tahun 1985-1994. 

Namun, selepas sahaja diperintah semula oleh parti Barisan Nasional yang ditunjangi parti UMNO, keadaan itu berubah khususnya selepas Dato' Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebenarnya, selepas parti BN memerintah Sabah semula secara perlahan-lahan, jawatan-jawatan persekutuan di Sabah diberikan kepada anak watan Sabah. Malah, di peringkat pusatpun telah ramai anak watan Sabah dilantik ke jawatan tertinggi termasuk 'Ketua Setiausaha, Kementerian' dan juga duta negara.

Agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah hanya angkatan beruniform sahaja dan kadangkala diketuai oleh anak watan Sabah. 
Namun, bagi jawatan gunasama semuanya disandang anak watan Sabah termasuk Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Berkaitan kenaikan pangkat dalam satu-satu organisasi, ianya tiada hubung kait dengan suku atau agama atas kerana sangat bergantung kepada kebolehan seseorang itu.

Kenaikan pangkat seseorang individu pada satu-satu organiasi tidak ada kaitan dengan diskriminasi atau dianaktirikan. Kenaikan pangkat sangat tertakluk kepada skim perkhidmatan atau kekosoangan dalam satu-satu organisasi. Tiada kemestian jika seseorang dilantik ke jawatan pegawai Gred 41, maka pasti sampai ke peringkat JUSA kerana seluruhnya tertakluk kepada pencapaian seseorang itu.

Sebenarnya, apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bahawa Sabah tidak dianaktirikan oleh kerajaan pusat adalah berkaitan dengan peruntukan pembangunan untuk Sabah bagi keperluan seluruh rakyat Sabah.  Para pegawai kerajaan seperti mana dibangkit pengguna facebook (Jo Nandu), jumlah kakitangan kerajaan Sabah hanya berjumlah 700,000, berbanding rakyat 3.2 juta. Pengguna facebook itu hanya terpaku pada pegawai kerajaan. Sedangkan, matlamat utama kerajaan pusat adalah memberi faedah kepada seluruh rakyat termasuk juga para pegawai kerajaan itu.

Bagaimana boleh Sabah dianaktirikan apabila pucuk pimpinan pusat terlalu kerap berkunjung ke Sabah bagi mengenal pasti keperluan rakyat Sabah. Setiap kunjungan, ada sahaja kelulusan Projek Khas. Projek Khas adalah di luar bajet yang telah diluluskan.

Pembangkang, termasuk pengguna facebook hanya jaguh di laman sosial kerana selain tidak menggunakan modal juga sebagai kesukaan menabur fitnah dan pembohongan. Atas sebab, mereka itu telah memutuskan sebagai agen pembohong dan pendusta. Memalukan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook