Latest News

Friday 3 March 2017

BERAPA BILANGAN PATI VS BILANGAN Penduduk Sabah? Fakta Sebenar!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kini PTI melebihi penduduk Sabah, mereka dominasi Politik dan Ekonomi di Sabah... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

JUMLAH pengundi Sabah setakat tahun 2017 adalah sebanyak 995,000. Oleh kerana yang boleh mendaftar sebagai pengundi mesti berumur 21 tahun ke atas, ertinya jumlah penduduk Sabah sebenar berjumlah 2.5 juta atau 2.7 juta jika mengambil kira kadar kelahiran penduduk Sabah. Namun, di lapangan sebenar penduduk Sabah kini berjumlah 3.6 juta. Ini bermakna 1.1 juta atau 900 ribu penduduk yang tinggal di Sabah terdiri daripada bukan warganegara. 

Mereka yang bukan warganegara tidaka ada impak daripada segi politik kerana mereka itu bukan pengundi. Hanya mereka yang mengundi sahaja yang mempunyai impak terhadap politik. Akan tetapi, kehadiran penduduk bukan warganegara memang berimpak daripada segi ekonomi terutama bagi barangan yang bersubsidi seperti minyak masak, gas memasak, produk makanan bersubsidi seperti beras dan sebagainya. Selain berimpak kepada ekonomi juga berimpak kepada kehidupan sosial rakyat khususnya yang berkaitan jenayah mahupun penyakit berjangkit.

Juga perlu diketahui bahawa pemberian kad pengenalan hanya boleh dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dakwaan kononnya bekas pengerusi SPR memberikan kad pengenalan untuk digunakan mendaftar adalah kenyataan bohong atas kerana SPR atau mana-mana pegawainya tidak ada kuasa bertindak demikian. Jikapun bertindak, maka kad pengenalan itu adalah kad pengenalan palsu. Bererti pegawai demikian mungkin terlibat dalam sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu demi tujuan/motig kewangan.

Mereka yang mendakwa bahawa PATI boleh mempengaruhi politik Sabah, sebenarnya hanya dakwaan kosong kerana tidak dapat dilihat daripada segi apa mereka itu mampu mempengaruhi politik Sabah atas kerana mereka bukanpun pengundi. Mungkin, dalam majlis-majlis perjumpaan untuk meramaikan majlis adalah mungkin yang dimaksudkan oleh mereka itu. Mereka itu hanya bercakap berkaitan kuantiti bukan kualiti. Jelas?

Kalaulah benar bahawa ada pengundi bukan warganegara mengundi pada tahun 1994 untuk mememangkan BN, maka pada pilihan raya itu BN menang. Semua rakyat tahu bahawa pada PRU-1994, BN kalah. Jadi di mana logiknya warga asing mengundi? Bercakaplah menggunakan fakta kerana jika tidak maka dakwaan anda hanyalah dakwaan bohong semata. Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook