Latest News

Wednesday 22 March 2017

Datuk Seri Salleh & Isteri Menari Sumazau- Sifir Mana Kata Salah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Aiseyman... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SUMAZAU merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan bahkan  di seluruh Malaysia. 

Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada hari-hari keramaian seperti Tadau   Kaamatan/Pesta Menuai yang diadakan sepanjang bulan Mei Setiap tahun di Sabah.

Persembahan tarian itu tidak terhad pada pesta menuai sahaja akan tetapi majlis-majlis keramaian lain. Seperti majlis kahwin atau kini diperluaskan ke majis Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana kebetulan  Menterinya adalah daripada Sabah  dan kebetulan pula mempunyai sulur galur KDM.

Persembahan tarian sumazau sangat berkait rapat dengan upacara kesyukuran atau terima kasih kepada maha pencipta kerana sesuatu hajat telah tercapai dan terlaksana. Tarian ini tiada kait mengait dengan pefahaman agama ianya hanya merupakan satu bentuk tradisi, kaum KDM apabila selesai menuai padi kerana hasil yang lumayan maka merayakan kejayaan itu dengan mempersembahkan tarian sumazau.

Datuk Salleh dan isteri mempersembahkan tarian sumazau sempena pelancara “Ekspresi Negaraku 1Malaysia” di Putrajaya minggu lalu di mana majlis itu dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Adalah satu tindakan simbolik dilakukan Salleh dan isteri untuk menggambarkan kejayaan dan pelaksanaan majlis itu. Selain itu tanda simbolik bagi rakyat negara ini bersyukur mempunyai negaraku Malaysia. Walaupun diduduki berbilang kaum dan agama serta latar belakang akan tetapi kerharmonian dan hubungan kaum sentiasa terpelihara.

Bagi mereka, yang tidak mahu memahami mesej yang disampaikan oleh Salleh dan isteri, maka hanya melihat persembahan pasangan itu sebagai suka-suka sehinggakan Presiden Amanah Mat Sabu mengaitkannya dengan sara hidup rakyat.

Kita tidak dapat menyalahkan mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza khususnya pemimpin dan penyokong pembangkang. Kerana pada hati nurani mereka itu setiap perbuatan atau tindakan pemimpin kerajaan adalah salah kerana mereka itu sebenarnya bukan “pemimpin” akan tetapi hanya penjual ubat di pasar-pasar minggu atau kaki-kaki lima.


Seharusnya, pada mereka yang menilai negatif terhadap persembahan pasangan itu, perlu bertanya pada diri sendiri secara rasional, sifir mana, tarian sumazau itu salah!!!


  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook