Latest News

Monday 6 March 2017

Di Sebalik Beri Mandat Kepada BN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mau TIPU rakyat Sabah sekali lagi atau kau mau minta kekal menteri ni... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)
(ii) Adakah anda setuju undi BN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) Salleh, make no mistake... Oleh FB Page The Voice OF Borneo (screenshot)
(v) Rakyat perlu bagi sindaat untuk Salleh supaya beliau mampu... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

MENTERI Komunikasi dan Multimedia merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyeru rakyat supaya terus memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah. Ianya, bukan tanpa sebab akan tetapi berasaskan beberapa sebab.

Sebab pertama, kerajaan BN yang diterajui parti UMNO berjaya menurunkan kadar kemiskinan Sabah daripada lebih 20 peratus kepada 8.1 peratus tahun 2012 dan kini kadar itu semakin menurun.

Kedua, simpanan kewangan negeri senantiasa kukuh, di mana jumlahnya senantiasa berlegar-legar pada angka RM3 bilion.

Ketiga, kadar pembangunan negeri yang berada dalam landasan betul seperti mana dirancang melalui Halatuju Pembanguan dan Kemajuan Negeri Sabah (Halatuju) dan diperkirakan pada tahun 2025, Sabah akan lepas landas sebagai negeri maju.

Keempat, atas kerjasama kerajaan negeri dan pusat banyak pembangunan dan kemajuan yang sudah menjadi kenyataan. Antaranya, Projek Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai RM16 bilion mahupun projek-projek perumahan untuk rakyat baik yang telah ataupun sedang dan akan datang telah dikotakan.

Kelima, ramai pemimpin Sabah diberi peranan di peringkat Pusat termasuk menteri-menteri kanan seperti kementerian yang disandang Datuk Seri Salleh Said Keruak, Dato' Sri Anifah Aman, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Seri Madius Tangau.

Keenam, komitmen Perdana Menteri untuk memajukan Sabah dan Sarawak agar sejajar dengan pembangunan dan kemajuan Semenanjung.

Ketujuh, kerana adanya penurunan kuasa kerajaan Persekutuan kepada Sabah, di mana hampir 50 tahun sejak Sabah merdeka belum berlaku.

Berasaskan kepada beberapa faktor yang disebutkan, maka kenyataan Salleh menyeru rakyat Sabah terus memberi mandat kepada kerajaan BN Sabah dan pusat khususnya pada PRU-14 bukan pertimbangan peribadi tetapi demi rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Janganlah kerana, "mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan" dek kerana impak kepada hujah-hujah retorik dan janji bulan bintang pembangkang. Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook