Latest News

Saturday 4 March 2017

Di Sebalik Kerapnya Sebut Nama 'SHAFIE APDAL'


KERAPNYA menyebut nama Datuk Seri Shafie Apdal termasuk oleh Perdana Menteri (walaupun Dato' Seri Najib Razak tidak menyebut nama) atas sebab tindakan MP Semporna itu keluar kampung masuk kampung membawa misi bohong dan fitnah.

Shafie mempunyai asas untuk mempengaruhi orang-orang kampung kerana beliau pernah menjadi pemimpin parti UMNO dan Sabah lebih 20 tahun, malahan belum setahunpun beliau keluar daripada parti.

Menyebut nama Shafie secara kerap bukan bermakna MP Semporna itu melalui Parti Warisan Sabah digeruni atau dikhuatiri dapat menumpaskan Parti UMNO dan BN. Akan tetapi, pemimpin UMNO dan BN perlu memberi gambaran sebenar siapakah Shafie. Jika pemimpin UMNO atau BN tidak memberitahu rakyat siapakah Shafie, besar kemungkin rakyat akan keliru dan menyangka apa yang ditabur oleh MP Semporna itu adalah perkara betul.

Berkaitan dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa Shafie pernah meminta supaya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, maknanya, jika Perdana Menteri bersetuju boleh sahaja diadakan pilihan raya kecil kerana menurut MP Semporna itu, ADUN Sulabayan bersedia mengosongkan kerusi bagi membolehkan Shafie bertanding. Ini bermakna, jawapan Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah yang cuba menggambarkan Perdana Menteri sebagai berbohong sama seperti, "menepuk air di dulang, terpercik di muka sendiri".

Berkaitan dengan komentar bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, kononnya Shafie boleh menjadi Ketua Menteri Sabah lebih baik daripada Datuk Seri Musa Aman adalah satu kenyataan serkap jarang! Sebabnya, beliau tidak mengambil tahu bagaimana MP Semporna itu tidak menunaikan amanah yang diberikan Perdana Menteri melalui kementerian KKLW.

Pertimbangan Perdana Menteri melantik Shafie ke kementerian KKLW adalah Shafie merupakan anak watan Sabah. Maka, diharapkan dapat membela rakyat Sabah yang serba kekurangan khususnya di luar bandar terutama kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik atau jalan-jalan luar bandar. Ini kerana perkara-perkara itu merupakan keutamaan Perdana Menteri sebagai ucapan terima kasih atas sokongan rakyat luar bandar kepada Parti Barisan Nasional dan kerajaan. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya, rakyat yang seharusnya mendapat pembelaan tidak menerima apa yang sepatutnya diterima.

Tindakan Shafie semasa menjadi pemimpin UMNO dan kerajaan menyebabkan nama beliau kerap disebut kerana bertujuan agar para pemimpin lain dapat mengambil iktibar daripadanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook