Latest News

Tuesday 14 March 2017

Disebabkan Kad Pengenalan Palsu Pasukan Khas Terpaksa Ditubuh?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Menurut video, Musa Aman, anda telah mengkhianati rakyat Sabah... Oleh FB Penindasan Terhadap Org Tempatan Sabah (screenshot)

PENGELUARAN Kad Pengenalan palsu semakin serius sehinggakan kerajaan terpaksa menubuhkan pasukan khas. 

Sebenarnya, kad pengenalan palsu tiada kena-mengenapun dengan jumlah rakyat kerana mereka yang membeli kad itu tiada locus standi. Sebabnya, kad pengenalan mereka tidakpun terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara.

Apabila kad pengenalan tiada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara bermakna mereka itu tiada peluang mendaftar sebagai pengundi juga tiada peluang membuka akaun bank, tidak ada peluang mendapatkan lesen perniagaan atau tidak peluang mendapat sebarang bantuan kerajaan.  

Namun, yang menjadi perhatian kerajaan adalah selain mereka itu tertipu tetapi juga perbuatan sindiket pemalsuan kad pengenalan itu memburukkan imej negara seperti mana berlaku berkaitan cetak rompak filem atau kaset lagu suatu masa lalu.

Namanya juga sindiket, ertinya mereka mempunyai jaringan termasuk di pihak berkuasa kerana sindiket itu menggunakan wang sebagai pendekatan. Sebagai contoh, pemegang kad pengenalan palsu boleh sahaja bertolak daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menuju Kuala Lumpur tanpa halangan apabila semasa pemegang kad pengenalan palsu itu hendak bertolak “agen” sindiket sedang bertugas.  

Mereka ini suatu masa lalu hanya mempunyai peluang one-way kerana mereka tidak boleh lagi kembali ke Sabah dan apabila kembali adalah pasti tertangkap. Kerja sindiket hanya terhad pada one way out dan selepas itu pandai-pandailah.

Di Semenanjung kini, sudah merasakan bahang kebanjiran pemegang kad pengenalan palsu yang dikatakan penduduk Sabah khususnya di kawasan-kawasan peladangan, kawasan-kawasan perindustrian malah di kawasan perkampungan. Akibat kebanjiran “penduduk palsu Sabah” itu di Semenanjung, maka kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah terpaksa menubuhkan pasukan khas bagi memburu dan menangkap mereka yang terlibat.

Sebenarnya, sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu merupakan satu bisnes yang sangat “lucrative” kerana anggota sindiket satu masa lalu dapat menjadi jutawan sekelip mata, malah mampu membeli kereta-kereta mewah termasuk mempunyai pendaftaran nombor kereta dengan angka 1.

Pengeluaran kad pengenalan palsu, sebenarnya faktor penarik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masuk ke Sabah kerana mereka itu sebenarnya dipandu (guide) oleh sindiket untuk datang. Kedatangan mereka itu menjadi masalah besar kepada negeri sehinggakan ada pihak-pihak tertentu mempolitikkannya, kononnya kerajaan yang memerintahlah yang terlibat.

Bagi merungkai isu kedatangan PATI ke Sabah, maka kerajaan telah menubuhkan RCI (PATI) pada tahun 2012 dan keputusan RCI itu telahpun diumumkan pada Disember 2014. Menerusi keputusan RCI (PATI) Sabah itu, kerajaan negeri telah membuat keputusan drastik dengan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI ke negara asal.

Sebagai catatan, bermula tahun 1990 sehingga 3 Mac 2017, seramai 553,692 PATI telah diusir daripada Sabah. Untuk tahun 2017 sahaja sehingga 3 Mac lalu, seramai 1,120 PATI telah dihantar pulang.

Adalah diharapkan melalui 'Pasukan Khas' yang ditubuhkan bagi membendung pengeluaran kad pengenalan palsu akan lebih dapat menghalang kemasukan PATI ke Sabah.

Dakwaan, penglibatan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman dalam Projek IC sebenarnya hanya dakwaan liar kerana ianya langsung tidak terbukti semasa siasatan RCI (PATI) Sabah. 

RCI (PATI) Sabah ditubuhkan pada tahun 2012 dan keputusannya diumumkan pada tahun 2014. Dakwaan mantan pemimpin PBS, yang kemudiannya menjadi pemimpin pembangkang, Dr. Chong Eng Leong hanya dakwaan beliau kerana semasa dipanggil sebagai saksi semasa siasatan RCI (PATI) Sabah, beliau langsung tidak dapat memberi fakta berkaitan dakwaannya. Jadi, bagaimana?

Keputusan RCI (PATI) Sabah telah menafikan semua dakwaan beliau. Bermakna apa sahaja dakwaan beliau melalui video itu hanya dakwaan persendirian yang hanya bersifat hearsay atau persepsi beliau sendiri. Berkaitan dakwaan beliau itu kalaupun di bawa ke mahkamah atas dakwaan fitnah, ianya akan membuang masa dan paling tidak beliau akan didenda lalu kemudiannya diminta untuk memohon maaf. Keputusan RCI telah mengkategorikan beliau sebagai pembohong! 

Maka, dengan keputusan itu dengan sendirinya telah mendedah siapakah sebenarnya beliau. Fakta sebenar!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook