Latest News

Thursday 30 March 2017

DUN Tambunan : Apakah Kekal Untuk BN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jarang kita dengar orang politik akan bercakap negetif terhadap parti sendiri... Oleh FB Kibott Navara (screenshot)


SEBENARNYA tiada yang boleh memastikan keputusan sesebuah pilihan raya. Pihak-pihak parti atau pemimpin hanya boleh meramal. Ramalan itu berasas dua faktor keputusan masa lalu dan kedua jumlah ahli parti itu berbanding jumlah pengundi. Jika jumlah ahli lebih separuh daripada pengundi berdaftar, maka parti tersebut boleh meramal keputusan pilihan raya atau berasaskan keputusan masa lalu.

Setiap pilihan raya mempunyai isu yang berbeza. Keputusan pilihan raya lalu tidak semestinya sama dengan keputusan pilihan raya berikutnya. Demikian juga kecenderungan pengundi masa lalu tidak sama dengan kecenderungan pada pilihan raya berikutnya.

Memang diakui, pada PRU-13 lalu ramai calon PBS hanya menang kerana pertembungan banyak penjuru malah Tan Sri Pairin Kitingan sendiri kehilangan undi popular di DUN Tambunan dan Parlimen Keningau namun tidak semestinya keadaan PRU-13 lalu akan berulang pada PRU akan datang.

Parti-parti atau wakil rakyat yang mewakili sesebuah kawasan apabila melihat kecenderungan itu maka telah memperbetulkan keadaan. Kerana sebenarnya para pengundi yang menolak mereka pada PRU itu adalah juga pengundi yang sama memberi mereka sokongan sebelum ini. Maknanya, ada sesuatu yang tidak kena, menjadi penyebab mereka mengundi pembangkang.

Kenyataan Tan Sri Pairin bahawa DUN Tambunan kekal milik PBS menunjukkan bahawa kelemahan pada PRU-13 lalu telah diperbetulkan. Adalah lumrah apabila orang sakit maka perlu diberi ubat dan dirawat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook