TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Jalan ini bukan ke kebun Menteri... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
PENGGUNA facebook ini sudah kerap menularkan gambar-gambar yang dipungut daripada internet. Sedangkan dia sendiri tidak tahu berkaitan gambar itu. Pengguna facebook itu, menganggap dirinya sebagai Superman tetapi yang TIDAK KEMANA-MANA, TETAPI ADA DI MANA-MANA.
Inilah kelebihan internet terutama google kerana peranti ini menghimpun sampah sarap yang tidak terkira banyaknya. Peranti di internet sama sekali tidak mengenal apa yang disimpan sama ada itu sampah yang membusukkan ataupun apa sahaja. Salah satu penyumbang sampah yang membusukkan adalah pengguna facebook itu atas sebab gambar yang sama ditularkan dan ditularkan.
Apa seseorang suka sangat menularkan sampah sarap maka membawa makna bahawa individu itu ditimbuni sampah sarap sehinggakan dia tidak dapat mengelak timbunan sampah saraf itu.
Kalau diperhatikan sejak kewujudan pengguna facebook ini dia sangat obess dengan sampah sarap sehinggakan dia bertindak sebagai manusia luar biasa tidak kira waktu dan tempat dia berada di tempat itu.
AFS terpaksa memberi reaksi untuk memberi tahu pengguna laman sosial tentang kewujudan manusia yang mengumpul sampah sarap. manusia itu adalah pengguna facebook ini yang besifat halimunan.
0 comments:
Post a Comment