Latest News

Wednesday 8 March 2017

Hubungan Sabah & Persekutuan, "PEMIMPIN SABAH TIDAK BISU!!"


TIDAK benar bahawa pemimpin Sabah bisu berkaitan dengan kepentingan Sabah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Pemimpin Sabah mempunyai cara tertentu dan disesuaikan dengan situasi dan kondisi apabila menginginkan sesuatu daripada Kerajaan Persekutuan.

Pada Selasa lalu, semasa himpunan dengan para pegawai kerajaan yang berlangsung di Auditorium Yayasan Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Ketua Menteri Sabah memberitahu bahawa pemimpin Sabah menggunakan pendekatan berhemah dengan para pemimpin Persekutuan untuk meminta atau memohon perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat Sabah.

Sebagai contoh, permintaan berkaitan dengan Projek Perumahan Rakyat (PPR), kelulusan berkaitan penerokaan minyak dan gas selain pelantikan jurutera perunding dan pelaksana projek Lebuhraya Pan Borneo.

Kerajaan negeri melakukan pendekatan perbincangan secara professional dan harmoni dengan para pemimpin Persekutuan yang bukannya cara konfrontasi. Atas sebab itu, apa sahaja keperluan Sabah jika memangnya Kerajaan Persekutuan mempunyai kemampuan mengenainya, maka diberikan atau diluluskan!

Pendekatan Kerajaan Negeri Sabah tidak suka mewar-warkan sesuatu permintaan atau permohonan akan tetapi dibuktikan melalui tindakan dan fakta seperti mana projek-projek  PPR yang dibiayai Kerajaan Persekutuan, di mana hasilnya telahpun dinikmati kumpulan sasar.

Hakikatnya, keperluan rakyat Sabah memang diutamakan dan fakta itu dibuktikan melalui pengakuan Perdana Menteri sendiri bahawa pembangunan dan kemajuan Sabah perlu dilipatgandakan agar setara dengan Semenanjung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook