Latest News

Friday 17 March 2017

Hujah Hipokrit Yang Bahaya Untuk Sabah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa lah guna duduk satu rumah dgn janji mau... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

SEBENARNYA pengguna facebook ini hanya berhujah hipokrit kerana apa sahaja kemudahan diberikan kerajaan sebenar dia dan keluarganya sudah dapat manfaat.  Sebagai contoh dia bangga sekali kerana anaknya dapat skor SPM dia berkongsi dengan pengikutnya malah berkongsi dengan ramai orang berkaitan dengan kejayaan anaknya itu. Mengapa dia sangat teruja? Sebabnya dia tinggal di kawasan yang mempunyai kemudahan lengkap yang disediakan kerajaan.

Memang diakui ada kawasan-kawasan tertentu di mana kemudahan-kemudahan yang disediakan kerajaan kurang lengkap. Kerana semasa penyediaan kemudahan itu maka bergantung kepada jumlah rakyat di kawasan itu.  Oleh kerana perjalanan masa pertambahan penduduk bertambah dan kemudahan yang sepatutnya mencukupi ini kini tidak lagi mencukupi. Dalam keadaan yang demikian maka adalah satu tugas wakil rakyat memberi tahu berkaitan masalah ini.   Oleh kerana pengguna facebook itu cuba mengelirukan rakyat maka dia kaitkan isu ini dengan industri minyak dan gas negara dan tugas seorang wakil rakyat yang memberitahu berkaitan dengan kemudahan yang kurang cukup.

Pengguna facebook ini langsung tidak menggunakan akal dan fikiran bagaimana kerajaan mengetahui jika kemudahan-kemudahan yang kurang itu tidak diutarakan wakil rakyat?  Kemudahan-kemudahan itu merupakan benda-benda atau kemudahan tidak bersuara sendiri. Pengguna facebook ini kena bezakan "memberi tahu" dan "merayu perkara yang berbeza."  Usaha kerajaan dalam melengkapkan atau menambah kemudahan  sangat bergantung pada maklumat yang diberikan wakil rakyat. 

Kepada pengguna facebook itu, jangan lah cuba menipu diri sendiri atau menipu orang lain, dengan hujah yang melogikkan sesuatu yang tidak logik. Jika iapun bertindak sebagai pembangkang bercakap benarlah bukan bercakap merapuh!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook