Latest News

Friday 10 March 2017

INILAH Cubaan Alih Pandang Isu Yang Menyelubungi Shafie Apdal!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Parti Warisan Sabah disputed State Assistant Finance Minister Datuk Ramlee Marhaban over his response to ... Oleh Facebook Laman Rasmi Parti Warisan Sabah (screenshot) (screenshot)

CUBAAN Naib Presiden, Parti Warisan Sabah (Warisan), Junz Wong mempersoal konsesi air Sabah, sebenarnya bertujuan mengalih pandang isu yang menyelubungi dana KKLW sebanyak RM3.3 bilion yang dikendalikan Datuk Seri Shafie Apdal semasa beliau menjadi menteri kementerian itu.

Dana sebesar RM3.3 bilion seharusnya telah menyelesaikan masalah air luar bandar Sabah namun akibat pecah amanah, maka masalah yang perlu diselesaikan terbiar begitu sahaja!

Berkaitan dengan konsesi air yang diberikan melalui penswastaan air Sabah, sebenarnya melalui prosedur yang ketat. Malah, setiap syarikat yang diberikan konsesi itu memenuhi syarat kelayakan yang digariskan.

Pemberian konsesi melalui prosedur kewangan yang teratur, yakni melalui prosedur yang teratur sehingga menunjukkan Ketua Audit Negarapun tidak memberi sebarang teguran mengenainya. Cuba bayangkan! 

Siapakah Junz Wong berbanding Ketua Audit Negara?

Konsesi air Sabah bukan sahaja diberikan penjelasan oleh pihak kerajaan, malah dibincang secara panjang lebar melalui persidangan Dewan Undangan Negeri. Ertinya, tiada sebarang salah guna kuasa berkaitan dengan konsesi air Sabah.

Junz Wong, kemungkinan masih berada di bawah tempurung sehingga beliau merasakan bahawa dia sahaja yang serba tahu! Sedangkan, semua pihak yang mengetahui konsensi air Sabah, sebenarnya bersetuju dengan langkah yang diambil.

Konsesi air Sabah, sebenarnya bermula sejak parti Barisan Nasional menerajui Kerajaan Negeri Sabah kerana masalah air terawat yang akut disebabkan tidak cukupnya tenaga kerja Jabatan Air Negeri Sabah selain peruntukan yang terhad daripada kerajaan. Melalui penswastaan, maka dana dikeluarkan sendiri oleh syarikat yang diberi konsesi. Atas sebab itu, jangka masa yang panjang diperlukan agar syarikat yang melabur dapat mendapat modal yang dilabur dan ditambah dengan keuntungan pelaburan.

Tahukah anda, wahai Junz Wong bahawa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Semenanjung juga berasaskan konsesi, di mana pelabur mendapat pulangan daripada bayaran tol? Demikian juga konsesi air Sabah iaitu syarikat yang diberikan konsensi mendapat pulangan daripada bayaran penggunaan air.

Apa yang cuba dipesongkan oleh Naib Presiden Parti Warisan itu, seolah-olah wang yang diperolehi syarikat-syarikat konsesi adalah wang kerajaan tetapi hakikatnya wang yang diperoleh syarikat konsesi sebenarnya bersumber daripada penjualan air terawat yang dibayar oleh pengguna.

Seperkara lagi yang cuba dipesongkan oleh Junz Wong bahawa syarikat konsesi telah melabur ratusan juta dengan menyediakan perpaipan, penyelenggaraan loji air, merawat air dan sebagainya.

Junz cuba mengalih pandang, kononnya kerana usia syarikat yang mendapat konsesi tidak cukup lama telah menyebabkan beliau kelihatan tolol. Ini kerana pakar boleh sahaja diperolehi sekelip mata asalkan syarikat yang memberi kerja pakar-pakar itu bersedia membayar gaji yang sesuai.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook